Bolehkah Makan Makanan Terubahsuai Genetik (GMF)

Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food) | Tertanya-tanya dalam diri, makanan ubah suai genetik: adakah ia selamat dan halal untuk dimakan? Jadi, bermulanya pencarian info pasal GMF ni.

Hukum makan makanan terubahsuai genetik dalam islam, apa itu makanan terubahsuai genetik, makanan ubah suai genetic gmf: adakah ia selamat dan halal untuk dimakan, kesan sampingan makan makanan gmf, pelabelan makanan mengandungi gmf
Bolehkah Makan Makanan Terubahsuai Genetik (GMF)

Apa itu Makanan Terubahsuai Genetik (GMF)? GMF ialah makanan daripada sumber haiwan dan tumbuhan yang telah melalui proses pengubahsuaian gen. GMF menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian atau makanan ditingkatkan. Namun yang menjadi kebimbangan ramai pihak sekarang adalah berkenaan isu halal dan keselamatan GMF tersebut. Adakah Makanan Terubahsuai Genetik (GMF) mempunyai kesan sampingan sama ada kepada kesihatan, alam sekitar, keselamatan dan agama?


Makanan yang halal adalah selamat untuk dimakan tetapi makanan yang selamat tidak semestinya halal. Oleh itu, dalam rangka GMF, selagimana punca atau sumber yang menghasilkan sesuatu makanan itu halal, ia adalah selamat untuk dimakan. Pandangan Islam mengenai GMF ini perlu dilandaskan dengan beberapa perkara di mana Islam menekankan soal halal dan haram sesuatu jenis makanan adalah secara jelas dan turut menekankan soal "tayyib" iaitu kebaikan makanan yang dimakan.

Dalam kita membahaskan berkenaan dengan Makanan Terubahsuai Genetik (GMF) ini, sekalipun makanan tersebut adalah daripada sumber gen haiwan yang halal dimakan dalam Islam, tetapi jika ia diketahui mempunyai kesan sampingan, mengundang kemudaratan kepada kesihatan manusia, maka ia perlu dielakkan.

Ia merupakan pendekatan maqasid syariah yang menekankan perlindungan terhadap agama, nyawa, akal, zuriat dan harta benda. Jika GMF itu ternyata membawa bahaya kepada perkara-perkara tersebut, maka sudah pasti ia tidak wajar dimakan

Penggunaan teknologi untuk tujuan bermanfaat seperti makanan, perubatan, kesihatan dan pertanian dan lain-lain dibolehkan di dalam Islam. Oleh itu, dalam ruang lingkup Makanan Terubahsuai Genetik (GMF), selagi ia dibenarkan menurut konsep syariah dan masih berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan dalam ajaran Islam serta tidak mendatangkan apa-apa keburukan dan kemudaratan, kita boleh menggunakan makanan tersebut. 

Hukum makan makanan terubahsuai genetik dalam islam, apa itu makanan terubahsuai genetik, makanan ubah suai genetic gmf: adakah ia selamat dan halal untuk dimakan, kesan sampingan makan makanan gmf, pelabelan makanan mengandungi gmf
Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food - GMF)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.

2. Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal, suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.

3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.
Hukum makan makanan terubahsuai genetik & Makanan ubahsuai genetik (GMF) dari pandangan islam

Hukum makan makanan terubahsuai genetik dalam islam, apa itu makanan terubahsuai genetik, makanan ubah suai genetic gmf: adakah ia selamat dan halal untuk dimakan, kesan sampingan makan makanan gmf, pelabelan makanan mengandungi gmf
Makanan Terubahsuai Genetik (GMF) adakah selamat dan halal dimakan?

Keperluan pelabelan GMF ini penting sepertimana keperluan dilabelkan halal seperti yang telah diamalkan di negara kita sekarang. Ia mempamerkan suatu perubahan dalam kehidupan kita sebagai pengguna kerana selain kita mementingkan dari sudut halal, kepentingan dari segi kebaikan dan kesan sampingan sesuatu makanan juga tidak diabaikan.

Persidangan Islam yang diadakan di Rabat, Morocco di mana Islamic Academy of Science menyatakan selagi GMF ini adalah bermutu baik, tiada risiko kepada manusia dan alam sekitar, umat Islam boleh menggunakannya. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu peka dan selagi kita berpegang kepada konsep halalan tayyiban, kita dapat menilai dan memilih sendiri apakah sesuatu makanan itu halal dan selamat untuk dimakan.

Yang menjadi persoalan sekarang, masih belum ada lagi pelabelan makanan yang menyatakan sesuatu makanan itu mengandungi unsur Makanan Terubahsuai Genetik (GMF) ataupun tidak.

No comments:

Post a Comment