Punca
Dan Cara Sembuhkan Jangkitan Kulat Pada Mulut Bayi
| Ketahui mengapa ramai baby alami serawan
susu di lidah (candidiasis). Pasti kasihan melihat serawan dalam mulut bayi. Bayi akan rasa tak selesa, sukar nak
minum susu. Jangkitan fungal di mulut
bayi ni pernah berlaku pada baby Amirah masa usianya 1 bulan. Tercari-cari
jugak petua hilangkan putih dalam mulut
bayi, petua hilangkan serawan, cara menghilangkan bekas susu pada lidah
bayi. Ada yang panggil sawan susu atau ulser mulut bayi. Kesian weh.
Kalau korang nampak ada putih-putih di bibir bayi itulah jangkitan kulat pada mulut bayi, kulat
susu pada pipi bayi. Mesti kita kelam-kabut mencari apa ubat untuk thrush, penawar ruam
dalam mulut baby. Boleh pergi ke farmasi juga untuk beli ubat serawan.
Gambar jangkitan kulat pada mulut bayi |
“Doktor, cuba tengok dalam mulut bayi
saya ni, habis lidahnya, bibirnya, mulut dan kerongkong berwarna putih. Susah nak
buang. Kesian tengok bayi ni, air liurnya meleleh dan susah nak hisap susu. Mungkin
bayi saya ni terkena sakit mulut keputihan susu ke doktor?”, keluhan salah
seorang ibu kepada pesakit doktor itu.
Jawapan doktor:
Masalah yang berlaku pada anak puan
adalah SERAWAN SUSU. Doktor panggil ORAL THRUSH atau ORAL CANDIDIASIS. Ia
adalah jangkitan KULAT atau FUNGUS dalam mulut bayi puan. Nak Beza dia dengan
TERLEKATKAN SUSU di lidah, puan cuci dengan kain basahan tak akan dapat keluarkan
keputihan pada mulut anak puan.
Serawan susu dikenali juga sebagai kulat susu, ulser mulut bayi, keputihan mulut bayi |
Sebab
Mengapa Bayi Mendapat Serawan Susu, Punca Jangkitan Kulat Pada Mulut Bayi:
1. Ketika berpantang selepas bersalin, ibu minum HERBA/ JAMU/ ANTIBIOTIK. Bayi pun minum jua melalui susu ibu.
2. Bila antibodi bayi rendah.
3. Mulut bayi tak di cuci 1-2 camca air masak untuk cuci saki baki susu yang tertinggal dalam mulut bayi lalu membiakkan infeksi kulat dalam mulut bayi. Kita sendiri pun basuh mulut lepas makan, apatah lagi anak.
4. Ibu kena bersihkan puting susu ibu sebelum menyusu anak. Sebab puting lembab dalam bra dapat infeksi kulat pada bayi.
5. Bersih puting botol dan botol susu dengan air panas 2-3 hari sekali. Supaya kulat tiada pada puting dan botol susu. sumber
1. Ketika berpantang selepas bersalin, ibu minum HERBA/ JAMU/ ANTIBIOTIK. Bayi pun minum jua melalui susu ibu.
2. Bila antibodi bayi rendah.
3. Mulut bayi tak di cuci 1-2 camca air masak untuk cuci saki baki susu yang tertinggal dalam mulut bayi lalu membiakkan infeksi kulat dalam mulut bayi. Kita sendiri pun basuh mulut lepas makan, apatah lagi anak.
4. Ibu kena bersihkan puting susu ibu sebelum menyusu anak. Sebab puting lembab dalam bra dapat infeksi kulat pada bayi.
5. Bersih puting botol dan botol susu dengan air panas 2-3 hari sekali. Supaya kulat tiada pada puting dan botol susu. sumber
Cara
Sembuhkan Mulut Bayi Dijangkiti Kulat Susu
ORAL ANTIFUNGUS dititik dalam mulut
bayi. Kalau bayi tak dirawat dari serawan susu, fungus akan melarat yang akan
menyebabkan bayi sakit lidah dan mulut. Bayi susah minum susu. Kesannya, bayi
akan dapat DEHYDRASI dan DEMAM. Menangis kelaparan.
Petua orang dulu-dulu, untuk ubati
jangkitan fungal pada mulut bayi, dia akan suruh cuci lidah bayi dengan kain
lampin bekas air kencingnya. Ia amat jijik dan tak masuk akal. Sebab ianya najis
dan tidak hyginik langsung!! Tidak bersih! Ini adalah nasihat dari seorang
doktor. Jangan buat perkara ni tau!!! Pesanan di bawa khas oleh doktor..
Dr. Abdul Rahim (DAR)
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181
Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)
ReplyDeletePenawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit
Baby kami 10 bulan kena keputihan mulut. Bawa klinik dapat gel sapu 3x sehari. Dalam masa 3 hari keputihan akan hilang sepenuhnya. Doktor bagitahu keputihan mulut takkan berjangkit kepada baby yang lain. Cuma effect pada baby tersebut sahaja mengganggu makan dan menyusu.
ReplyDeleteBleh tau nama gel yg d gunakan
DeleteCream ape ye
ReplyDelete