Ads GA Leaderhead

Susu Formula Berasaskan Soya

Susu Formula Berasaskan Soya | Siapa yang boleh minum susu formula soya ini? Adakah bayi yang alergi susu lembu boleh minum susu soya? Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda alahan susu lembu perlukah mereka menukar susu formula berasaskan soya?
susu bayi berasaskan soya, susu soya untuk bayi, susu formula berasaskan susu lembu, harga susu formula soya, susu formula sgm soya, susu formula s26 soya, harga susu isomil soya, susu dugro soya
Susu bayi berasaskan soya

Apa itu susu formula soya? Susu formula anak yang berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah-suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula.

Menjawab persoalan pemberian susu soya untuk bayi: Beri bayi kita susu formula berasaskan soya hanya atas nasihat doktor atau pakar kanak-kanak. Walaupun pengilang-pengilang memasarkan formula soya mereka sebagai sesuai untuk bayi sejak baru lahir, pakar kesihatan profesional tidak mengesyorkannya untuk bayi di bawah 6 bulan.

Wah aku baru tahu rupanya susu formula soya tidak disyorkan diberi pada baby usia bawah enam bulan. Sebenarnya baby Amirah dahpun minum susu Isomil ni masa umur dia 2 bulan. Isomil kan susu berasaskan soya. Sebelum baby Amirah minum susu Isomil, aku perkenalkan dia dengan susu kambing dan susu dumex gold.

Info penting ni: Formula soya juga tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Apa??? Aku ingatkan bayi yang ada alergi minum susu lembu boleh terus minum susu formula soya. Biasanya, bayi yang alah terhadap susu lembu juga alah terhadap soya.
susu bayi berasaskan soya, susu soya untuk bayi, susu formula berasaskan susu lembu, harga susu formula soya, susu formula sgm soya, susu formula s26 soya, harga susu isomil soya, susu dugro soya
Susu Isomil tanpa laktosa
Errrr..tapi anak buah aku atas nasihat doktor sarankan minum susu formula soya, sebab diorang ni ada alahan pada susu lembu. Bila minum susu soya Isomil baru ngam dengan mereka. Harga susu isomil soya 1 tin RM78.30 untuk umur 0 – 12 bulan, boleh beli susu Isomil soya di farmasi.

Tiada bukti bahawa bertukar kepada formula berasaskan soya dapat membantu melegakan bayi jika dia tidak selesa atau mengalami kolik. Bayi mungkin mengalami kolik kerana dia mempunyai intoleransi terhadap laktosa, maka dalam kes ini formula yang bebas-laktosa ialah yang terbaik. Mintalah nasihat doktor jika kita fikir bayi kita mempunyai alahan atau intoleransi terhadap susu lembu. Haa, ingat tu, saranan dari doktor tu yang penting!
susu bayi berasaskan soya, susu soya untuk bayi, susu formula berasaskan susu lembu, harga susu formula soya, susu formula sgm soya, susu formula s26 soya, harga susu isomil soya, susu dugro soya
Susu Dugro Soya dirumus khas untuk kanak-kanak dengan alahan protein susu lembu. 
Dapatkan sampel PERCUMA Susu Dugro Soy di sini: http://www.dugro.com.my/dapatkansampel

Kekurangan susu formula soya ialah ianya boleh merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa. Jika kita memberi bayi kita susu soya, kita perlu lebih berhati-hati dalam menjaga giginya. Patut la aku pernah rasa air susu formula soya ni, ianya lebih manis berbanding susu formula berasaskan susu lembu.

No comments:

Post a Comment