Taubat Dari Melakukan Dosa

Taubat Dari Melakukan Dosa | Ketahui Dosa Dan Taubat Dalam Islam | Setiap dari kita pernah melakukan kesalahan, tapi adakah kita taubat dari dosa? Ataupun ada yang taubat dan buat dosa lagi? Moga diberikan hidayah dan kesedaran untuk mereka yang pernah membuat dosa, taubat dari dosa riba, taubat dari dosa zina, taubat dari dosa besar, taubat dari dosa syirik dan sebagainya.

taubat dari melakukan dosa, dosa dan taubat dalam islam, taubat dan buat dosa lagi, konsep pahala dan dosa serta taubat, taubat dari dosa riba, taubat dosa zina, taubat dosa besar, taubat dosa syirik, taubat dari dosa, sholat taubat dari dosa zina
Taubat dari membuat dosa



Berkata seorang muda kepada saya bila ditegur berhenti berbuat dosa,"Cikgu, semua orang berdosa. Cikgu pun ada dosa. Kita bertaubatlah suatu hari nanti. Saya membalas,"Berdosa itu satu masalah, tetapi akibat dari berdosa itu akan menimbulkan lebih banyak masalah dan kesan hingga mungkin kita tidak terjumpa jalan keluar atau tak tersedar untuk bertaubat".

Betul, kita boleh bertaubat, tetapi soalnya sempatkah nanti kita bertaubat kerana akan timbul kesukaan berbuat dosa. Ibarat lalat jika diletak minyak wangi dan bangkai dalam satu tempat, ia tetap memilih bangkai kerana kelazimannya. Begitu juga orang suka berbuat dosa.

Jangan fikir bila berbuat dosa, kita hanya berdosa tetapi kesan buruknya berdosa itu lebih luas. Mari kita lihat kesan buruk orang berdosa mengikut ulamak besar Ibn Qayyim. Orang berdosa akan terhindar dari mendapat ilmu, jika dapat pun tidak berkat, tidak berfaedah kepadanya. Sebab itu orang berdosa sentiasa menghindar diri dari majlis ilmu, merasa resah berada didalamnya. Lihatlah diri anda, apakah dosa yang kita telah buat yang menghalang kita untuk menambah ilmu.

Orang berdosa akan jauh dari Allah, merasa resah dlm hidup walau ada berbagai kemewahan dunia. Mereka juga jauh dari manusia yg baik-baik. Dengan itu mereka semakin hanyut. Urusan hidupnya menjadi semakin payah kerana tidak mendapat pertolongan Allah. Renungkan pada diri kita, apakah kemewahan hidup telah menjauhkan kita dari Allah. Siapa rakan kita?

Orang berdosa akan terhalang dari kerja mentaati Allah. Dosa yang dilakukan akan menjadi benih menumbuhkan dosa yang lain. Contoh, satu gambar dedah aurat yang disiar di Facebook. Setiap yang melihat berdosa, maka yang memuat naik beroleh dosa, bila dishare, bertambahlah dosa, bila dimaki hamun, maka yang memuat naik berkongsi sama dosa.

Bila membuat fitnah, yang memuat naik gambar di laman sosial juga terpalit sama, selagi gambar itu berlegar, selagi ada yang menatap, entah-entah hingga yang memuat naik sudah dalam kubur, akaun dosanya masih terus bertambah. 

taubat dari melakukan dosa, dosa dan taubat dalam islam, taubat dan buat dosa lagi, konsep pahala dan dosa serta taubat, taubat dari dosa riba, taubat dosa zina, taubat dosa besar, taubat dosa syirik, taubat dari dosa, sholat taubat dari dosa zina
Doa taubat

Mungkin anda pernah terbaca kisah seorang ahli ibadat yang dihasut syaitan untuk mencari jalan beribadat dengan lebih khusyuk dengan cara buat dosa dahulu kemudian bertaubat, dengan esak tangis.

Ahli ibadat itupun disuruh buat dosa yang mudah sahaja iaitu hanya minum arak. Bila ia minum arak ia mabuk, syaitan mendatangkan wanita kepadanya lalu ia berzina dalam mabuk. Setelah dia sedar, dia membunuh wanita itu untuk menutup malunya. Lihatlah betapa satu dosa mudah membawa dosa betingkat-tingkat.

Jadi jangan buat walau satu dosa mudah, walau kita boleh bertaubat. Bila dah buat dosa, segeralah bertaubat dan melakukan sholat taubat dari dosa zina tersebut. Fahami sepenuhnya konsep pahala dan dosa serta taubat. Moga kita benar-benar insaf dan kembali ke jalan Allah.

Mereka yang kerap berbuat dosa hilang rasa jijik kepada dosa bagai lalat dan bangkai, hatinya tidak lurus, penuh berbelit dan mereka sentiasa menjadi tawanan syaitan.

Mukmin adalah orang yang takut pada dosa. Nabi membezakan orang mukmin dengan orang berdosa seperti sabdanya,
“Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki bukit dan dia takut bukit itu akan runtuh menghempap dirinya. Dan sesungguhnya fajir (orang jahat) melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menepis-nepisnya.”
(Riwayat Tirmizi)

taubat dari melakukan dosa, dosa dan taubat dalam islam, taubat dan buat dosa lagi, konsep pahala dan dosa serta taubat, taubat dari dosa riba, taubat dosa zina, taubat dosa besar, taubat dosa syirik, taubat dari dosa, sholat taubat dari dosa zina
Cara membuat solat sunat taubat

 Jadi fikirlah sebelum berbuat dosa, dosa meninggalkan suruhan, dosa melanggar larangan. Kesannya bukan hanya berdosa tetapi bertingkat-tingkat, bertambah-tambah. Jika kita pernah menjadi lalat yang suka menghurung bangkai, mari berubah kepada lalat yang menghurung buah dan bunga yang wangi.

Jadilah seperti kucing peliharaan yang baik yang tidak makan selain dari apa yang diberi dalam bekas makannya, tidak kecing dan berak merata, bermanja dengan tuannya, sentiasa membersih bulunya.

Bertaubatlah untuk membersih dosa, moga keburukan dari dosa lalu akan terungkai dari membelit hidup kita. Bila terasa masalah dalam hidup, resah, kembali memikir dosa lalu, ibarat bukit yang nak menghempap, bertaubatlah. Moga apa yang dikongsi dari sumber ini, memberi muhasabah pada diri kita.  

No comments:

Post a Comment