Ads GA Leaderhead




Resepi Ayam Panggang Simple Dan Mudah
Opening Video Keren Makanan
Masih tercari opening video buat saluran masakan di Youtube? Nah. Ini amat sesuai buat anda. Dapatkan intro video masakan untuk channel Youtube anda di sini. Intro video memasak ini anda boleh masukkan dalam saluran Youtube anda. Pasti membuatkan video anda kelihatan menakjubkan. Menjadi trademark video anda di Youtube.
Ada 5 pilihan intro video makanan yang anda boleh pilih. Jangan risau ianya percuma, tiada copyright. Anda hanya perlu masukkan nama Youtube channel anda. Maksud saya, diedit la. Pasti wow. Intro opening keren lihat di sini:
Pilihan 5 Intro Video Makanan Terbaik
Selamat menambah baik intro video masak anda. Semoga bermanfaat.
Intro Opening Video Resep Masakan Keren
Anda blogger? Sedang bangunkan saluran masakan di Youtube? Nah. Ini amat sesuai buat anda. Dapatkan intro video masakan untuk channel Youtube anda di sini. Intro video memasak ini anda boleh masukkan dalam saluran Youtube anda. Pasti membuatkan video anda kelihatan menakjubkan. Menjadi trademark video anda di Youtube.
Ada 5 pilihan intro video masakan yang anda boleh pilih. Jangan risau ianya percuma, tiada copyright. Anda hanya perlu masukkan nama Youtube channel anda. Maksud saya, diedit la. Pasti wow. Intro opening keren lihat di sini:
Intro Video Resep Masakan Bikin Wow
Selamat menambah baik intro video masak anda. Semoga bermanfaat.
Cara Buat Sambal Kicap Cicah Ikan
Resepi sambal kicap. Cara buat sambal kicap cicah ikan goreng dan ikan bakar jom tengok sini. Resep sambal kecap. Sedapnya sambal kicap manis pedas, berpeluh-peluh makan. Ikuti cara bikin saus kecap iaitu sos pencicah ikan yang enak kat sini. Sedapnya sos cicah ikan, yang saya buat sambal cicah ikan minyak bijan. Hmm ada kelainan rasanya, lebih sedap.
Bahan-bahan untuk membuat sambal kicap cicah ikan goreng antaranya cili, limau, kicap manis, minyak bijan dan bawang putih.
Menu makan tengah hari; ikan goreng cicah sambal kicap pedas. Cara membuat refer kat link ni: Video Masakan Sambal Kicap Cicah Ikan Goreng
Resepi Lobak Masin Goreng Telur
Resepi lobak masin sedap. Cara memasak sayur lobak masin. Sayur lobak masin masak tumis bersama telur. Makin pedas makin sedap lobak masin ni. Berpeluh-peluh makan.
Bahan-bahan untuk membuat masakan telur goreng lobak masin antaranya lobak masin, bawang holland, cili dan telur.
Menu makan tengah hari; cara masak lobak masin bertelur. Eh ada yang panggil lobak masin ni chai po. Merujuk benda yang sama sayur asin / resep caipo / resep chai po. Cara masak terperinci refer kat link ni: Video Masakan Lobak Masin Goreng Telur
Senarai resepi lobak masin yang korang boleh try masak jugak antaranya sambal lobak masin. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan lobak masin.
Resepi Sayur Sawi Asin Masak Tumis
Resepi sawi asin sedap. Cara memasak sayur sawi asin. Sayur sawi pahit masin masak tumis bersama bawang dan cili. Makin pedas makin sedap sayur tumis sawi asin ni. Berselera makan.
Bahan-bahan untuk membuat tumisan sawi asin antaranya sawi pahit yang sudah dimasinkan, bawang merah, bawang putih, cili dan ikan bilis.
Menu makan tengah hari; cara masak sawi asin. Eh ada yang panggil sawi pahit ni ham choi dan kiam chai. Merujuk benda yang sama sayur asin / resep ham choi / resep kiam chai / resepi masak kai choy. Cara masak terperinci refer kat link ni: Video Masakan Sawi Asin Tumis Bawang
Senarai resepi sawi asin yang korang boleh try masak jugak antaranya sup sawi asin, sawi asin goreng telur dan gulai daging sawi asin. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan sawi asin tumis.
Cara Buat Sayur Sawi Asin
Cara membuat sayur sawi asin mudah dan senang. Untuk anak baru belajar memasak, rujuk sini cara buat asin sawi atau dikenali sayur sawi masin. Resepi sawi jeruk simple. Nak buat sawi pahit asin tak perlukan bahan yang banyak. Yang penting ada garam. Kata nak buat sayur asinan sawi, takkan pakai gula. Haha.
Eh ada yang panggil ham choi dan kiam chai. Merujuk benda yang sama cara membuat sayur asin / cara bikin ham choi / resep kiam chai. Jom terjah video Cara Membuat Sayur Sawi Asin.
Nak buat sayur sawi asin perlukan pengeraman selama 4 hari. Then baru cuci sayur tu dan masak. Kena cuci tau sebab sayur sawi tu direndam dalam air garam. Kang terlebih masin. So cuci dulu sayur asin tu.
Ada yang buat sayur asin guna sawi biasa. Saya lebih suka guna sawi pahit, lebih sedap teksturnya.
Resepi Dahfa Goreng Tepung Crispy Kudapan Ringkas
Resepi dahfa crispy. Resepi dahfa goreng tepung. Dahfa dried fish fillet, dahfa fish snack recipe. Snek ikan popular masa kini dahfa goreng crispy. Pernah rasa? Yang biasa dahfa gulung dengan seaweed kemudian goreng. Yang tu biasa la. Kali ni berbeza. Lebih sedap. Lebih rangup. Dahfa goreng tepung snek ikan yang sangat rangup.
Dahfa goreng tepung ni ala-ala cucur dahfa versi crispy. Pertama kali makan masa beli jajanan kat gerai kuih muih di Bintulu. 3 keping seringgit. Bila makan terus tergoda rasa nak lagi, nak lagi. Dia guna dahfa jenis besar. Kira 1 keping tu dia bahagi 3. Fuh untung banyak tu.
Balik dari kampung kakak ipar bagi dahfa besar. Bungkus besar. Terus teringat kat penjual cucur dahfa tu. Saya apa lagi terus bereksperimen kat dapur. Nak sebijik sama macam penjual tu buat. Akhirnya berjaya. Nak tahu cara masak dahfa goreng tepung. Jom follow saya: Video Dahfa Goreng Tepung Crispy
Antara bahan diperlukan ialah dahfa besar, tepung bestari pedas, tepung beras, gula dan air. Saya selalu buat banyak-banyak kemudian simpan dalam balang. Masih lagi crispy. Berbaloi la dijadikan jajanan jualan.
Resepi Ayam Goreng Korea Gochujang Masam Manis Pedas!
Resepi ayam gochujang kfc, ayam gochujang resep. Hari tu tengok channel Korea yang masak-masak tu, Yong Kitchen, ada menu kesukaan pelanggan: korean fried chicken, ada yang panggil yangnyeom chicken. Tapi perkataan gochujang tu memang ketara la. So search kat google. Ooo nama menu tu ayam goreng korea gochujang. Rasanya manis, pedas dan masam.
So try la mencuba resepi ayam goreng spicy ala korea. Pertama kali buat menjadi! Jatuh cinta terus. Ngam dengan selera saya. Ni dah masak kali ke berapa puluh dah. Sedap sangat. Korang kena try ayam goreng pedas korea, serius tak memgecewakan. Rasanya seperti ayam masak merah tapi lebih sedap sebab ada bauan lemon, manis ala madu, pedas power.
Menu lunch; cara masak ayam goreng gochujang, how to cook korean fried chicken. Cara masak tengok sini ye. Resepi masakan ayam bahagian sayap. Masakan ayam goreng dengan menggunakan bahan hebat rahsia. Eh mudah yak amat! Cara masak ayam goreng korea super lazat tu jom tengok sini: Video Masakan Ayam Goreng Korea Gochujang
Senarai resepi ayam yang korang boleh try masak jugak antaranya ayam sup, ayam goreng tepung bestari, ayam panggang. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan ayam goreng style Korea.
Resepi Ikan Terubuk Masak Stim & Butter
Resepi ikan terubuk masin. Ikan terubuk kukus. Cara memasak ikan terubuk stim sedap giler. Resep ikan terubuk Sarawak masak steam. Sedap weh ikan terubuk ni. Lemak-lemak rasanya especially ikan fresh tu. Actually ikan terubuk ni kakak ipar bagi. Buat sendiri tau. Ikan terubuk masin homemade. Gemuk je isi dia, puas makan.
Menu tengah hari; masak ikan terubuk stim. Cara masak tengok sini ye. Resepi masakan makanan laut. Masakan ikan terubuk dengan menggunakan butter jenama buttercup. Cara masak ikan terubuk jom tengok sini: Video Masakan Ikan Terubuk Masak Stim
Senarai resepi ikan terubuk yang korang boleh try masak jugak antaranya ikan terubuk goreng, ikan terubuk masak lemak, ikan terubuk bakar. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan ikan terubuk.
Resepi Corned Beef Goreng Ada Halia
Resepi corned beef. Resep kornet sapi. Masak corned sapi. Pernah makan daging dalam tin? Sedap! Saya suka sangat. Saya guna corned beef jenama Pawada. Makanan kesukaan satu family. Mahal jugak corned beef ni. Ada jenama links, yang luar negara pun ada.
Bahan untuk masak corned beef goreng antaranya corned beef, halia, bawang holland. Cara masak corned beef tumis kesemua bahan kemudian masukkan corned beef. Siap. Senang teramat.
Menu tengah hari; masak corned beef goreng, how to cook corned beef. Cara masak tengok sini ye. Resepi masakan makanan dalam tin: Video Masakan Corned Beef Goreng
Senarai resepi corned beef yang korang boleh try masak jugak antaranya nasi goreng corned beef, sandwich corned beef, corned beef tumis dengan kobis. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan corned beef.
Tart Telur Sukatan Cawan & Masak Guna Kuali
Resepi tart telur. Kue pie telur. Resepi tart telur kuali. Menikmati hidangan tart telur yang rangup dan sedap. Anak-anak sangat suka makan tart telur. Jadi maknya menggunakan bahan sedia ada kat dapur. Puas makan. Tart telur saiz kuali.
Antara bahan-bahan untuk buat tart telur adalah tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, telur, gula, marjerin, esen vanilla, perwarna kuning dan susu cair.
Menu minum petang tart telur kastard. Cara buat tart telur mudah je sebenarnya. Saya buat tart telur guna sukatan cawan. 1 cawan bersamaan 125ml. Cara masak rujuk dalam video. Resepi tart telur mudah dan senang. Panduan video: Cara Buat Tart Telur Sukatan Cawan
Masak Mee Goreng Fishball
Resepi mee goreng fishball sedap dan simple. Mudah je untuk korang follow masak. Resep mie goreng fishball. Fishball nama melayunya bebola ikan. Sedap diratah begitu saja. Pun sedap dibuat masakan.
Dulu saya tak minat makan mi kuning. Sebab agak cerewet. Rasa makan tepung. Hehe. Tapi semenjak saya dah hebat memasak (kahkahkah) semua makanan rasa sedap. Saya suka rasa tumisan bawang dalam masakan. Jadi bila masak tu, pastikan bawang betul-betul kekuningan baru kita buat langkah seterusnya. Tu je rahsianya.
Bahan-bahan mee goreng fishball:
Bawang holland, bawang putih, telur, kicap manis, sos cili, kiub ayam, mee kuning dan fishball. Cara membuatnya lihat dalam panduan video: Cara Masak Mee Goreng Fishball Sedap
Resepi Nasi Goreng Sotong Sedap
Resepi nasi goreng sotong sedap dan simple. Mudah je untuk korang follow masak. Resep nasi goreng sotong. Fresh betul isi sotong ni, kenyal. Saiz besar harga RM17 sekilo. Haritu masak sotong sambal, ada lagi baki dalam peti ais, bila lihat ada nasi lebihan semalam terus plan buat nasi goreng sotong super sedap.
Orang Sarawak panggil sotong, suntong! So nasik goreng suntong. Haha. Sedap you all. Kenyang perut. Alhamdulillah. Ada sayur lagi. Menu sihat ni. Saya letak carrot. Krop krop bunyinya. Nasi goreng telur sotong lobak. Hah panjang.
Bahan-bahan nasi goreng sotong:
Bawang merah besar, bawang putih, telur, carrot, kicap manis, sos cili, nasi putih dan sotong. Cara membuatnya lihat dalam panduan video: Nasi Goreng Sotong Sedap
Resepi Mee Kolok Sarawak Sedap
Resepi mee kolok Sarawak paling sedap. Kolo mee recipe. Yeah... Sarawak terkenal dengan mee kolok goreng dan mee kolok sup. Biasa orang letak daging tapi versi saya guna ayam. Pon sedap!
Mee kolok resepi. Bahan yang saya guna seperti ayam, bawang merah, bawang putih, halia, serai, jangan lupa mee kolok. Nak bagi sup ayam tu rasa lebih kaw saya letak kiub ayam. Brand maggie.
Mee kolok original antara menu yang sering dipesan oleh pelanggan. Nak tahu cara memasak mee kolok? Jom tonton video masakan mee kolok sini: Cara Buat Mee Kolok Sarawak Super Sedap
Cara rebus mee kolok kena cara betul. Kalau overcook mee jadi lembik, kembang. Tak sedap. Masa air panas dah start mendidih, celurkan mee ke dalam, kacau. Bila buih air nak naik, tutup api terus. Toskan mee dan lalukan air paip pada mee tadi. Tujuan agar keadaan mee kolok dalam keadaan kenyal. Baru sedap makan.
Masak Sup Ayam Sedap Dan Mudah
Resepi sup ayam sedap. Cara memasak sup ayam simple dan sangat senang. Paha ayam masak apa sedap. Semestinya sup! Anak-anak saya amat sukakan sup ayam. Cepat je nasi habis, siap hirup sup lagi.
Bahan-bahan untuk membuat sup ayam antaranya ayam, bawang merah, bawang putih, halia, serai, serbuk lada putih dan kiub ayam maggie. Antara kiub ayam knorr dan kiub ayam maggie, saya lebih suka jenama maggie, sebab lebih sedap perisanya, kuahnya sedap dihirup.
Menu berbuka puasa; cara masak sup ayam simple, how to cook chicken soup. Cara masak terperinci refer kat link bawah. Resepi masakan ayam bahagian drumsticks. Masakan sup ayam dengan menggunakan kiub ayam. Cara masak ayam sup jom tengok sini: Video Masakan Sup Ayam Sedap
Senarai resepi ayam yang korang boleh try masak jugak antaranya ayam masak kari, ayam masak rendang, ayam masak merah. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan sup ayam.
Resepi Telur Ikan Mayong Masak Asam Pedas
Resepi telur ikan. Cara memasak telur ikan yang teramat sedap. Resep telur ikan manyung. Telur ikan mayong seakan sama seperti telur ikan belukang / ikan pedukang / telur ikan baung / telur ikan jan / telur ikan duri. Harganya berapi!! Haha. Mahal tau harga telur ikan mayong ni. 1kg harga boleh mencecah RM50. Bergantung pada supplier. Yang kami beli ni harganya RM38 sekilo. Pun saya rasa teramat mahal. Saya tak minat sangat telur ni, tapi hb saya minat giler.
Cara masak tak boleh overcook sebab nanti telur jadi keras. Kena masak halfcook baru best makan. Tapi ada jugak yang suka makan masih lembut telurnya. Kalau gigit. Tup! Meletup dalam mulut. Haha..
Resepi berbuka puasa; cara masak asam pedas telur ikan mayong, how to cook seacatfish. Cara masak tengok sini ye. Resepi masakan makanan laut. Masakan telur ikan mayong dengan menggunakan bawang, cili dan air asam jawa. Cara masak asam pedas telur ikan mayong jom tengok sini: Video Masakan Telur Ikan Mayong Asam Pedas
Senarai resepi telur ikan mayong yang korang boleh try masak jugak antaranya telur ikan mayong masak kari, telur ikan masak lemak cili api, telur ikan goreng. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan asam pedas telur ikan mayong.
Sotong Sambal Tumis Belacan Tersangat Sedap
Resepi sotong. Resep sotong sambal. Selain gemar sotong goreng, kami sekeluarga suka makan sotong sambal. Sedap sangat! Lagi la bila masak pedas, fuh berkali-kali tambah. Sotong ni besar jugak saiz dia, beli sekilo RM17.
Dulu tak reti sangat masak sotong sambal. Sebab pasti berair banyak dalam mangkuk. Rupanya ada cara khas masak dia. Nak tahu? Kena lihat dalam video.
Resepi berbuka puasa; cara masak sambal sotong, how to cook squid. Cara masak tengok sini ye. Resepi masakan makanan laut: Video Masakan Sotong Sambal Tumis Belacan Pedas
Senarai resepi sotong yang korang boleh try masak jugak antaranya sotong goreng tepung, sotong tumis, sotong masak kicap. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan sotong.
Roti Sardin Goreng Menu Sarapan Pagi Anak-Anak
Resepi roti sardin viral. Resep roti sarden. Ada roti, banyak idea nak buat masak apa. Salah satunya roti sardin telur. Sedap weh. Baru je buat beberapa hari lepas. Untuk menu sarapan pagi. Suami dan anak-anak suka sangat makan. Tak sampai tengah hari, licin!! Boleh juga dijadikan makanan bekal anak ke sekolah.
Cara memasak roti sardin yang sedap jom follow cara saya. Senang je! Kacang! Mula-mula tumbuk bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih dan cili. Campurkan ke dalam mangkuk berisi telur. Masukkan sardin yang dah dilenyek. Gaul sebati. Ambil roti celup ke dalam telur, goreng terus kat kuali.
Resepi berbuka puasa; cara masak roti sardin goreng, how to cook sardine bread. Cara masak tengok sini ye. Resepi masakan roti sardin viral. Masakan roti sardin goreng dengan menggunakan telur dan bawang. Cara masak roti sardin jom tengok sini: Video Masakan Roti Sardin Goreng Viral Menu Sarapan Pagi
Senarai resepi roti yang korang boleh try masak jugak antaranya sandwich, roti gulung sosej, roti sapu sekaya. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan roti sardin goreng.
Kepah Goreng Salut Tepung Crispy Dan Pedas
Resepi kepah. Resep kerang kijing air tawar. Kepah goreng salut tepung yang sangat rangup dan sedap. Orang sini panggil tiram sungai. Tapi bentuknya seperti kepah. So i panggil kepah la. Beli kat Pasar Malam Bintulu, 1kg RM5. Kepah besar agak liat sikit isinya. Kepah saiz sederhana isinya lembut. Yang saiznya seakan lokan. Yang tu bagus untuk dibeli, tak liat.
Cara memasak kepah goreng yang rangup jom follow cara saya. Senang je! Kacang! Mula-mula basuhkan kulit cengkerang kepah bersih-bersih, rebus untuk diambil isinya. Cengkerang buang. Gaulkan dengan tepung bestari, kemudian goreng sampai garing. Tu je. Sedap tau.
Resepi berbuka puasa; cara masak kepah air tawar, how to cook clams. Cara masak tengok sini ye. Resepi masakan kepah sungai. Masakan kepah goreng dengan menggunakan tepung bestari perisa pedas. Cara masak kepah jom tengok sini: Video Masakan Kepah Goreng Tepung Yang Sangat Rangup Dan Pedas
Senarai resepi kepah yang korang boleh try masak jugak antaranya kepah bakar, kepah masak kari, kepah masak masam manis, kepah goreng cili padi. Ikut selera masing-masing. Selamat menonton video masakan kepah.

