Ads GA Leaderhead

Dividen Amanah Saham 1Malaysia 2016: 6.10 Sen Seunit

Kadar Dividen Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia) Tahun 2016 Dividen AS1M Bagi Tahun 2016 6.10 Sen Seunit | ASNB umum agihan pendapatan AS 1Malaysia tahun ini 6.10 sen seunit. Menurun dari Amanah Saham 1Malaysia tahun lepas (2015) sebanyak 30 sen.

Dividen Amanah Saham 1Malaysia RM6.10 Seunit
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan / dividen AS1M sebanyak 6.10 sen seunit bagi skim Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia) untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2016. Pengumuman dividen AS 1Malaysia 2016 tarikh keluar diwar-warkan pada 27 September 2016.

Pembayaran dividen AS 1Malaysia berjumlah RM700.63 juta akan dimanfaatkan 878,000 pemegang unit Amanah Saham 1Malaysia yang melanggan 11.486 bilion unit AS1M - Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Beza dividen AS1M tahun 2016 - 2015
Tahun berakhir 30 September
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.40
6.10

Berdasarkan jadual di atas, agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia tahun 2016 menurun 30 sen berbanding tahun 2015. Tahun 2016, dividen AS 1Malaysia diumumkan 6.10 sen seunit. Manakala tahun 2015, dividen AS1M diumumkan 6.40 sen seunit.

kadar dividen amanah saham 1malaysia (as1m / as 1malaysia) tahun 2016, asnb umum agihan pendapatan as1m tahun 2016 6.10 sen seunit, dividen amanah saham 1malaysia rm6.10 seunit, bila boleh kemas kini buku as 1malaysia, dividen as1m tarikh keluar, beza dividen amanah saham 1malaysia tahun 2016 – 2015
Buku akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M / AS 1Malaysia)

Bila boleh kemas kini buku Amanah Saham 1Malaysia? Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang AS1M secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 4 Oktober 2016. Jadi, 4 Oktober kelak, boleh la update buku Amanah Saham 1Malaysia kat cawangan ASNB.

Kesemua transaksi bagi ASW 2020 di ibu pejabat ASNB atau ejen ASNB digantung bermula 23 September 2016 sehingga 3 Oktober 2016 bagi membolehkan pengiraan pengagihan pendapatan / pengagihan dividen dilakukan. Nak cepat, boleh buat sendiri pengiraan dividen Amanah Saham 1Malaysia.

Dividen AS 1Malaysia dari tahun 2013 hingga 2016
Tahun berakhir 30 September
2013
2014
2015
2016
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
6.70
6.60
6.40
6.10

Agihan dividen Amanah Saham 1Malaysia) semakin menurun. Tahun 2013, dividen AS1M diumumkan 6.70 sen seunit. Turun 10 sen pada 2014, turun lagi 20 sen pada 2015, turun lagi 30 sen pada tahun 2016. Perbandingan dividen tahun 2013 dan 2016, dividen turun sebanyak 60 sen. So far, pelaburan AS1M masih menguntungkan, dengan kadar agihan dividen pada kadar 6.00 sen seunit. Info lanjut - Lihat: PELABURAN AMANAH SAHAM 1MALAYSIA***

Pembayaran pengagihan pendapatan tabung AS 1Malaysia akan dilaksanakan melalui pelaburan semula dalam bentuk unit secara automatik yang akan dikreditkan ke dalam akaun para pemegang unit pada 4 Oktober 2016. Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit AS1M menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.
Anda ada buat pelaburan Amanah Saham 1Malaysia? Moga pengumuman agihan pendapatan dividen AS1M tahun 2016 pada kadar 6.10 sen seunit menceriakan hari anda. Pelaburan membawa keuntungan. Jom melabur AS 1Malaysia! 

4 comments:

  1. Dividen Bolehkah dikeluarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dividen amanah saham 1 malaysia boleh dikeluarkan

      Delete
    2. Berapa nilai maksimum yg boleh dikeluarkan?sbb dekat buku pelaburan baru 5ribu lebih. Tapi pada penyata tahunan ada dalam 10k lebih.

      Delete
    3. saya pun tak pasti berapa nilai maksimum keluarkan as1m. boleh ajukan pertanyaan pada staf asnb.

      Delete