Sertai peraduan ASB Follow
& Retweet #AktifkanASB anda berpeluang untuk menang hadiah RM100 | Nak
sertai peraduan mudah ASB? Baca syarat penyertaan di bawah.
Contest Follow & Retweet #AktifkanASB |
Terma & Syarat Peraduan
ASB Follow & Retweet #AktifkanASB
1. Peraduan yang dianjurkan ialah Follow & Retweet #AktifkanASB
2. Peraduan ini dianjurkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”)
melalui Twitter ASNB (@ASNBTweet);
3. Peraduan bermula pada 4 Oktober (jam 10.30 minit pagi) hingga 11
Oktober 2016 (jam 12 tengah malam)
4. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia;
5. Kakitangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (“PNB”), ASNB,
Amanah Mutual Berhad (“AMB”), ahli keluarga terdekat, agensi pengiklanan,
pengelola program, pekerja-pekerja serta keluarga terdekat adalah tidak layak
menyertai Peraduan ini;
6. Pemenang perlu ‘Follow’ Twitter ASNB (@ASNBTweet), dan ‘Retweet’
post peraduan seperti dinyatakan;
7. Hanya satu penyertaan diterima. Sekiranya peserta menghantar lebih
daripada satu penyertaan, hanya penyertaan pertama akan diambilkira.
Pemenang Peraduan ASB Follow
& Retweet #AktifkanASB
Untuk layak sebagai pemenang, peserta perlu mengikuti semua
langkah-langkah langkah yang dinyatakan. Setiap seorang pemenang akan memenangi
RM100 unit amanah ASNB. Pihak ASNB berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai
yang sama. Pemilihan pemenang akan dibuat secara rawak.
10 orang pemenang akan dipilih dan senarai pemenang juga akan
disiarkan di Twitter
ASNB. Untuk menebus hadiah unit amanah berkenaan, peserta perlu
membuka buku pelaburan dalam mana-mana unit amanah ASNB yang ditetapkan oleh
ASNB sebagai penganjur. Semua kos berkaitan yang perlu ditanggung pemenang
untuk menebus hadiah adalah ditanggung oleh pemenang.
Terma & Syarat Peraduan
ASB Follow & Retweet #AktifkanASB
Dengan menyertai peraduan ini, peserta telah bersetuju dengan terma
dan syarat peraduan ini. Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang rayuan
atau pertikaian tidak akan dilayan. Pemenang yang gagal mengemukakan maklumat
seperti yang dinyatakan atau gagal dihubungi dalam tempoh tiga puluh (30) hari
dari tarikh pemenang diumumkan akan dianggap terbatal hadiahnya (forfeited).
Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan di dalam peraduan
ini, peserta membenarkan ASNB menggunakan gambar, nama dan butiran peribadi
peserta, menurut peruntukan perundangan berkaitan untuk tujuan pentadbiran,
pemasaran dan publisiti tanpa sebarang kos atau pampasan.
Pihak ASNB berhak membuat pindaan terhadap terma dan syarat peraduan
menggunakan apa-apa kaedah yang difikir sesuai oleh ASNB tanpa membuat
kenyataan kepada mana-mana pihak. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta
yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta
dalam peraduan ini.
ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang
kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian,
kebakaran, banjir, kemarau, rebut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang
kejadian di luar kawalan ASNB. Terma dan syarat peraduan ini tertakluk pada
undang-undang Malaysia.
Selamat menyertai peraduan ASB Follow
& Retweet #AktifkanASB. Moga terpilih jadi pemenang contest ASB Follow
& Retweet #AktifkanASB.
No comments:
Post a Comment