Bisnes Perdagangan Buaya: Boleh Buru & Jual Buaya Di Sarawak

Buaya di Sarawak boleh diburu dan dijual | Kini, status buaya bukan lagi haiwan dilindungi. Pemburuan buaya di Sarawak dibolehkan untuk tujuan komersil. Wah, aku sangat-sangat menyokong! Hanya di Sarawak sahaja tau, tidak termasuk Sabah dan Semenanjung Malaysia. Siapa yang suka memburu tu, bolehlah tangkap buaya di Sungai Sarawak, sambil jalankan perniagaan menjual isi dan kulit buaya / perdagangan buaya.

Dari dulu sampai hari ni, masih lagi terdengar kes buaya di Sarawak makan manusia. Sungai yang dahulunya tempat mencari rezeki kini digeruni oleh penduduk kampung gara-gara kes buaya di situ. Lagi membimbangkan spesies ini semakin bertambah banyaknya. Dan kerana itu, buaya Sarawak bukan lagi haiwan dilindungi, kalau dulu ianya dilindungi sebab takut spesies buaya pupus.

buaya makan orang di sungai sarawak, buaya makan manusia ditangkap video, buaya makan manusia youtube, gambar buaya makan manusia, buaya di Sarawak boleh diburu dan dijual, perdagangan buaya, perniagaan buaya
Bisnes perdagangan buaya: boleh buru dan jual buaya Di Sarawak

Tapi dah banyak macam ni, sampai kes buaya makan orang juga meningkat, ia menjadi kerisauan. Keselamatan penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai yang dihuni buaya terancam. Menurut penyelidikan pada tahun 2015, terdapat 13,500 buaya di 40 sungai Sarawak. 52 kes buaya makan manusia dilaporkan membabitkan kehilangan kira-kira 27 nyawa manusia.

CITIES - Buaya boleh diburu di Sarawak
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perdagangan Flora dan Fauna Terancam (CITES) membenarkan buaya di Sarawak diburu untuk tujuan komersial. Buaya tidak lagi disenaraikan sebagai haiwan liar yang dilindungi seperti yang termaktub dalam Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998. Keputusan itu hanya membabitkan isu pemburuan buaya di Sarawak kerana kajian mengenai kesan konflik antara buaya dengan manusia hanya dilaksanakan di negeri ini manakala di Semenanjung dan Sabah, belum ada sebarang kajian dibuat mengenainya. - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Lesen pemburuan buaya akan dikeluarkan kepada penduduk kampung untuk memburu buaya. Seterusnya memberi kelebihan di mana buaya yang berjaya ditangkap akan dikomersilkan dan meningkatkan pendapatan mereka.

Perniagaan buaya bantu tingkatkan ekonomi penduduk
Daging buaya boleh dijual kepada negara seperti Thailand, China, Vietnam serta Kemboja. Eksport isi daging buaya ke negara luar. Kulit buaya pula boleh dijadikan produk beg tangan wanita. Kulit buaya mempunyai nilai tinggi di pasaran, sekaligus bakal menjadi sumber pendapatan kepada penduduk luar bandar.

Sesiapa yang nak terlibat dalam bisnes perdagangan buaya di Sarawak dialu-alukan. Kena dapatkan lesen pemburuan buaya terlebih dahulu. 

No comments:

Post a Comment