Sinopsis Drama Amsyar TV9 & TV3

Sinopsis Drama Amsyar TV9 & TV3 | Amsyar mengisahkan Amsyar (Ben Ladin) yang merupakan anak tunggal kepada Farid (Kairul Nizam) dan Arfah (Faralyna Idris). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah.

Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati.

Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul (Redza Rosli), Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia (Juedian Omar) langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.

Amsyar pernah jatih sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini? Adakah penderaan akan berakahir? Saksikan segalanya dalam drama Amsyar di kaca tv anda

Pelakon Drama Amsyar TV9 & TV3
Ben Ladin sebagai Amsyar
Redza Rosli sebagai Shahrul
Elly Mazlein sebagai Waheeda
Hairi Safwan sebagai Azhar
Nafiz Muaz sebagai Hisyam
Wina Azlan sebagai Azwa
Nada Syuhada sebagai Mariah
Juedian Omar sebagai Lia
Wan Umar Harith sebagai Fariz
Tatty Hassan sebagai Aisya Fellah

OST Lagu Tema Drama Amsyar TV9
Lagu: Percuma
Penyanyi: Sabhi Saddi

Lagu Latar / Sisipan Drama Amsyar TV3
Lagu: Sabarlah Hati
Penyanyi: Elly Mazlein

Gambar Drama Amsyar TV9 & TV3
Sinopsis drama Amsyar TV9 & TV3, pelakon dan gambar drama Amsyar TV9 & TV3, Amsyar episod akhir – episod 20
Tonton lakonan Elly Mazlein dan Ben Ladin menerusi drama Amsyar di kaca tv anda


Saksikan drama Amsyar TV9 & TV3
Tarikh Amsyar disiarkan: 28 Oktober 2016
Jumlah episod drama Amsyar: 20
Amsyar episod akhir – episod 20
Hari: Selasa-Ahad
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9 & TV3

No comments:

Post a Comment