Sinopsis Drama Tentang Hati 2 TV2

Sinopsis Drama Tentang Hati 2 TV2 Slot Selekta Prima| Tentang Hati Siri 2 mengisahkan Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu.

Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan. Sebaliknya Zakuan telah mengabaikan Azeya kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar dan seterusnya hanya menumpukan perhatian kepada Shireen sahaja.

Malang buat Azeya kerana terpaksa meneruskan hidup bersendirian sambil membesarkan anak perempuannya yang bernama Qistina. Sementara itu hubungan suami isteri antara Zakuan dan Shireen pula dikurniakan anak lelaki yang sebaya dengan Qistina iaitu Qalish.

Setelah masa berlalu dan berbagai konflik terjadi, keadaan menjadi pulih dan Zakuan dapat bersatu semula dengan Azeya setelah Shireen sanggup bermadu.

Bagaimana pun Azeya kemudiannya nekad mahu berpisah dengan Zakuan dan akhirnya dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Namun siapakah penghantar bunga misterinya bernama Zilzal yang berjaya membuka pintu hati Azeya dan seterusnya menerima lelaki itu sebagai suaminya? Saksikan segalanya dalam drama Tentang Hati Musim 2 di kaca tv anda.

Pelakon Drama Tentang Hati TV2
Aaron Aziz sebagai Zakuan
Fasha Sandha sebagai Azeya
Sherry Ibrahim sebagai Shireen
Nik Adam Mika sebagai Qalish
Rusdi Ramli, Syakilla Khoriri

Gambar Drama Tentang Hati TV2
sinopsis drama tentang hati siri 2 tv2, pelakon dan gambar drama tentang hati 2 tv2, tentang hati episod akhir – episod 26
Tonton lakonan Aaron Aziz, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim menerusi drama Tentang Hati di kaca tv anda

Saksikan drama Tentang Hati
Tarikh Tentang Hati disiarkan: 15 September 2016
Jumlah episod drama Tentang Hati: 26
Tentang Hati episod akhir – episod 26
Hari: Selasa hingga Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2

1 comment:

  1. Nama saya Nur faiqah Aqeelah binti Muhammad sujak
    umur saya 23 tahun Nama panggil Aqeelah 😢

    ReplyDelete