Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena TV3

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena TV3 | Lara Cinta Ameena mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. 

Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. 

Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara. Saksikan seterusnya dalam drama LARA CINTA AMEENA di TV3.

Pelakon Drama Lara Cinta Ameena TV3
Raja Afiq sebagai Radhuan
Tiz Zaqyah sebagai Ameena
Zarina Zainoordin sebagai Ezzaty
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kirana
Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq

Gambar Drama Lara Cinta Ameena TV3
Sinopsis drama Lara Cinta Ameena TV3, pelakon dan gambar drama Lara Cinta Ameena TV3, Lara Cinta Ameena episod akhir – episod 15
Tonton lakonan Raja Afiq menerusi drama Lara Cinta Ameena di kaca tv anda

Saksikan drama Lara Cinta Ameena
Tarikh Lara Cinta Ameena disiarkan: November 2016
Jumlah episod drama Lara Cinta Ameena: 15
Lara Cinta Ameena episod akhir – episod 15
Saluran: TV3

5 comments:

  1. wow menarik. Tiz Zaqyah dengan raja afiq

    ReplyDelete
  2. Hero tak best tp Tiz Zaqyah & Zarina yang buat aku nk tengok drama ni.

    ReplyDelete
  3. Hero tak best tp Tiz Zaqyah & Zarina yang buat aku nk tengok drama ni.

    ReplyDelete
  4. Kesian ameena. Rupanya jadi balas dendam kirana. Agaknya Duan bukan anak kirana. Dia anak adik kirana. Kirana dibayangi ketakutan dirinya sendiri. Harap-harap ameena tak balik pada duan. Terima saja syamil yg benar2 sayangkan dia. Kena tunggu episod 13-15 - lah nampaknya.

    ReplyDelete