Ads GA Leaderhead

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap TV3

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap TV3 | Patahnya Sebelah Sayap mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam).

Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan.

Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa.

Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar. 

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu? Saksikan segalanya dalam drama Patahnya Sebelah Sayap di kaca tv anda.

Pelakon Drama Patahnya Sebelah Sayap TV3
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Syainie Shuhaimi sebagai Lin
Putra Amaris sebagai Rizal
Zainab Othman sebagai Halimah
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Neera Azizi sebagai Mira
Muhamad Faiz sebagai Mirul
Mili Sebagai Habibah

OST Lagu Tema Drama Patahnya Sebelah Sayap
Tajuk: Hancur Aku
Penyanyi: Estranged feat Fazura

Gambar Drama Patahnya Sebelah Sayap TV3
Sinopsis drama Patahnya Sebelah Sayap TV3, pelakon dan gambar drama Patahnya Sebelah Sayap TV3, Patahnya Sebelah Sayap episod akhir – episod 15
Tonton lakonan Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap di kaca tv anda

Saksikan drama Patahnya Sebelah Sayap
Tarikh Patahnya Sebelah Sayap disiarkan: 20 September 2016
Jumlah episod drama Patahnya Sebelah Sayap: 15
Patahnya Sebelah Sayap episod akhir – episod 15
Hari: Isnin hingga Rabu
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment