Hari Raya Aidilfitri 2016, itulah pertama kalinya kami menziarahi
sanak saudara yang tinggal di Kampung Tanah Puteh, Serian Sarawak. Kenapa sebelum ni tak pernah
pergi beraya ke sana? Haa, tu soalan yang menarik! Pasal tahun 2016 baru wujud
perhubungan jalan darat menuju ke kampung tersebut.
Anda juga
boleh saksikan perjalanan kami menggunakan jalan darat, jalan raya baru yang
sudah bertar dari simpang jalan Serian ke Kampung Tanah Puteh (KATAPU). Lihat: JALAN DARAT
MENUJU KAMPUNG TANAH PUTEH SERIAN
Dahulunya
nak pergi ke Kampung Tanah Puteh, Serian
terpaksa guna jalan air. Menggunakan perahu. Sungainya juga agak mencabar. Terdapat
banyak ranting pokok dihanyut arus sungai. Jika air surut, terpaksa meredah
sungai yang cetek.
Jalan darat menuju Kampung Tanah Puteh, Serian |
Kini,
dengan adanya jalan darat hanya memerlukan masa 15 minit untuk sampai dari
pekan Serian menuju Kampung Tanah Puteh. Perjalanan
menjadi mudah. Nak beli barang banyak-banyak pun tak apa. Angkut guna kereta
sahaja.
Nak bina
rumah, lori boleh hantar muatan barang sampai depan pintu rumah. Tidak perlu
lagi runsing memikirkan cara bagaimana untuk angkut barang-barang menggunakan
perahu atau bot. Begitu pentingnya penggunaan jalan darat buat mereka yang dahulunya
mengalami kesukaran berdepan jalan air.
Seronoknya
beraya tahun ni. Dapat adventure menggunakan jalan darat baru. Ziarah bersama
adik beradik, anak buah, suami dan anak ke Kampung
Tanah Puteh, Serian. Insha Allah, raya 2017 tunggu ketibaan kami beraya
di sana lagi.
No comments:
Post a Comment