Sinopsis Drama Arluna (Astro Ria)

Sinopsis Drama Arluna (Astro Ria) | Arluna mengisahkan pertemuan Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam.

Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen? Saksikan segalanya dalam drama Arluna di kaca tv anda.

Pelakon Drama Arluna (Astro)
Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif
Anzalna Nasir sebagai Nia Arluna
Adeline Tsen sebagai Fazleen
Putri Najuwa sebagai Hanna
Zoey Rahman sebagai Raziq
Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen

Gambar Drama Arluna (Astro Ria)
Sinopsis drama Arluna (Astro Ria), pelakon dan gambar drama Arluna (Astro), Arluna episod akhir – episod 16
Tonton lakonan Saharul Ridzwan menerusi drama Arluna di kaca tv anda

Saksikan drama Arluna
Tarikh Arluna disiarkan:  2016
Jumlah episod drama Arluna: 16
Arluna episod akhir – episod 16
Hari: Isnin-Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

No comments:

Post a Comment