Ads GA Leaderhead

Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 3

Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 3 berlangsung pada 30 Oktober 2016. 11 peserta Gegar Vaganza 3 beradu suara untuk mara ke konsert seterusnya. Jom lihat senarai lagu tugasan peserta Gegar Vaganza 2016 minggu ketiga.

Senarai lagu Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 3
Siti Sarah – Joget Sayang Di Sayang (Anita Sarawak)
Azharina – No Women No Cry (Bob Marley)
Zarul Umbrella - Generasiku (OAG)
Nora – Sudah Ku Tahu (Projector Band)
Rem – Penawar Rindu (Orchid Abdulah)
Shidi Data – Mengapa Dikenang Mengapa Difikir (Herman Tino)
Intan Sarafina – Penantian (Black Rose)
Zur Eda – Karma (Cokelat)
Elly Mazlein – Perawan Atau Janda (Cita Citata)
Gmie Screen – Seni Berzaman (To’ki)
Ameng Spring – Lelaki Seperti Aku (Alif Satar)

Lagu Sha Na Na nyanyian Amy Mastura bakal dinyayikan oleh Nabil dan Jihan Muse di pembukaan konsert GV3 minggu 3 ni. Excited nak tengok next konsert. Gegar Vaganza musim ke-3 ni paling gempak, saingan sengit woo!

Eh, lagu Elly Mazlein tu..macam ada kena mengena je dengan life dia. Sangat tersentuh bila dia nyanyi lagu Berpisah Jua nyanyian asal Ziana Zain. Minggu 3 ni pula dia bakal dapat lagu Perawan Atau Janda. Ramai jugak yang perasan lagu si Elly ni, hmmm..kita tengok je la nanti. Semua artis best-best tahun ni. Aku sokong semua laaa!!!

UPDATE: KOMEN PERSEMBAHAN PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 2016 MINGGU 3
Ayoyoyo…what happen to you Elly Mazlein. Vokal dia kedengaran agak lemah. Mungkin masih demam lagi kot. Punya la excited dan gagahkan mata nak tunggu persembahan Elly kat hujung konsert, tapi vokal dia agak lemah di konsert gv3 minggu 3 ni.

Apa pun masih tabik spring kat Elly sebab dia gegarkan pentas GV3 dengan tariannya. Pandai rupanya Elly menari. Persembahan dia nampak menarik. Walaupun ada part dia lupa lirik. Juga vokal yang kedengaran lemah lembut mendayu-dayu bawa lagu Cita Citata.

Nora..ermmm minggu 3 ni macam tak best. Aku dan adik aku gelak bila tengok aksi Nora bawa lagu balada tu dirockkan. Posture badan dia cam kelakar sikit. Hikhik..minggu 3 ni bagi aku persembahan Nora agak kureng..

Siti Sarah…woooo setiap minggu beraksi dengan cemerlang. Vokal power! Penghayatan bagus! Persembahan yang memukau minggu 3 ni. Begitu juga Zarul dan Azharina. Mereka bertiga ni antara peserta yang best minggu ni.

Ameng Spring dengan tarian goyangnya. Pewit! Tak sangka Ameng jugak pandai menari. Persembahan menghiburkan walaupun dia ada lupa lirik kat hujung lagu tu. Seronok pulak tengok peserta GV3 minggu 3 ni. Macam-macam ragam.

Peserta Tersingkir Gegar Vaganza 2016 Minggu 3
Rem 

konsert gegar vaganza 2016 minggu 3, konsert ketiga gegar vaganza 2016, senarai lagu konsert gegar vaganza 3 minggu ketiga
Gambar Peserta Gegar Vaganza 2016

Info GV3:

Pengacara Gegar Vaganza Musim Ketiga
Nabil Ahmad
 Jihan Muse

Juri Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu 3
Dato’ Ramli MS
Dato’ Khadijah Ibrahim
Dato' Dave

Saksikan Konsert Gegar Vaganza setiap minggu
Tarikh Konsert Gegar Vaganza 2016 minggu 3: 30 Oktober 2016
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment