Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 (PRN11)

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 (PRN-11) | Seronoknya bila tiba musim pilihan raya, sebab itulah peluang untuk balik ke kampung. Berjumpa sanak saudara, kenalan lama, rakan sekolah lama. Untuk tahun 2016 ni, bakal diadakan Pilihan Raya Negeri ke 11. Ha, inilah masa mengundi! Undi siapa? Undi BN? Undi PKR? Undi DAP? Undi Bebas? Undi PAS? Psst! Undi adalah rahsia. Lihat: VIDEO KEMPEN PILIHAN RAYA SARAWAK 2016

Bilakah tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016? Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 akan dibuat pada 7 Mei 2016
Sebahagian besar pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini berlangsung antara Mac hingga Mei. Pilihan raya BN Sarawak memerlukan sokongan rakyat pada peringkat akar umbi.

pilihan raya negeri sarawak 2016 (prn11), tarikh pilihan raya negeri sarawak 2016, bila tarikh mengundi pilihan raya negeri ke 11, election pilihan raya bn sarawak, gambar pilihan raya sarawak
Gambar Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016

10 muka baharu bakal diturunkan PBB dalam pilihan raya kali ini berikutan pengunduran beberapa penyandang yang mahu bersara, selain menghadapi masalah kesihatan. Daripada 40 kerusi diperuntukkan kepada PBB, 10 kerusi akan menampilkan muka baharu, termasuk calon daripada Pemuda dan Wanita. – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem

Kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016
Pastinya kempen pilihan raya PRN11 ni meriah, macam tahun-tahun sebelumnya. Sepanjang jalan raya akan dihiasi dengan bendera parti. Barisan Nasional memberi jaminan untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mempertingkatkan program pembangunan untuk semua rakyat.

Rakyat makin sayang pada pemimpin ketua menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem. Pemimpin berjiwa rakyat. Paling suka bila tol dimansuhkan. Tak perlu lagi kami bayar tol kat jambatan Lanang Sibu tu. Bahkan banyak pembangunan dan kemudahan disediakan untuk kesejahteraan rakyat Sarawak. Dengan pengumuman tiada tol dikenakan pada Lebuh Raya Pan Borneo yang bakal disiapkan kelak, makin bertambah-tambah sayang pada pemimpin Sarawak.
 
pilihan raya negeri sarawak 2016 (prn11), tarikh pilihan raya negeri sarawak 2016, bila tarikh mengundi pilihan raya negeri ke 11, election pilihan raya bn sarawak, gambar pilihan raya sarawak
Gambar Pilihan Raya Negeri Sarawak PRN11
  
Senarai Parti Yang Akan Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 PRN11
Barisan Nasional: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Pakatan Rakyat: Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, Parti Islam SeMalaysia, Parti Kebangsaan Sarawak, Parti Cinta Malaysia dan Parti BEBAS.

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak PRN11
Dup dap dup dap parti manakah yang bakal memenangi pilihan raya tahun ni? Pengundi berdaftar, pengundi pos, jom jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Harap tak ada undi hantu, undi tak percaya, undi ragu. Moga dipermudahkan urusan rakyat Sarawak pergi mengundi dan election PNR11 berjalan dengan lancar.


Video Kempen Pilihan Raya Sarawak 2016:

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cilaka punya budak.. ada hati mok polah undi rosak.. paloi..

      Delete
    2. yess PARTI UNDI ROSAK (PUNDAK)

      Delete
  2. cney nak dpt tiket free nak balit ngundi...ada idea kah

    ReplyDelete