Menyusukan Anak Di Khalayak Ramai

Menyusukan Bayi Dalam Keadaan Menutup Aurat Tanpa Mendedahkan Payudara
Situasi yang berlaku di depan mata aku sendiri. Hal ni menimbulkan rasa janggal dalam diri aku. Melihat seorang ibu yang sedang mengendongkan anaknya, bertudung, sedang menyusukan anaknya dalam keadaan berdiri dan memperlihatkan sebahagian bentuk payudaranya sebelah kiri. Memang kelihatan dengan jelas dan terang buah dada si ibu tadi.

Masa tu aku duduk di bahagian belakang, tengah menunggu buat pemeriksaan scan baby di hospital. Tahu-tahu je la, kat hospital ramai orang. Bukan sahaja golongan ibu mengandung, golongan ibu dan anak-anak mereka, malah golongan suami pun ada juga dalam tu.

Reaksi aku melihat situasi tu, terkejut! Wanita tu dalam lingkungan umur 37 tahun ke atas macam tu la. Aku pandang wajah orang lain yang turut ada dalam hospital tu, macam berbisik-bisik je diorang. Ada yang tunduk bawah. Khasnya golongan lelaki si peneman isteri mereka di hospital.

Kalau wanita tu ada berdekatan aku, nak je aku suruh dia duduk. Menyusu sambil duduk, so takde la ketara sangat payudara dia dilihat oleh orang ramai. Sebab kat tempat dia memang sah-sah ada kerusi kosong. Dia berdiri sambil bersembang dengan rakannya di sebelah, juga sesekala menoleh /menghadap ke belakang. So, terpampang la orang belakang tayangan free aksi menyusu dengan seksi.

Bagi aku, nak menyusu kat tempat awam khasnya di khalayak ramai, tak salah. Malah digalakkan. Susu ibu kan terbaik buat bayi dan anak-anak. Masalahnya cara menyusu tu. Ditambah lagi dengan hukum agama mendedahkan aurat bagi wanita Islam. Mendedahkan payudara a.k.a tetek, nenen atau buah dada untuk tontonan orang ramai. Errr…ambillah iktibar. Moga takkan berlaku lagi di masa akan datang.

Menyusukan anak di khalayak ramai, penyusuan susu ibu, aurat ketika menyusukan anak di khalayak ramai, breast feed di khalayak ramai, menyusu di tempat awam, tips, cara, panduan ibu menyusukan anak di tempat awam yang ramai orang, mendedahkan payudara, buah dada, nenen, tetek ketika menyusukan bayi, aksi menyusu anak yang seksi

Tips Ibu Menyusukan Anak Di Tempat Awam Yang Ramai Orang:
1. Bila bayi kehausan, susukanlah bayi dengan segera, di mana jua. Dahulukan kepentingan bayi.
2. Tanamkan rasa yakin untuk menyusu di tempat awam.
3. Pilih tempat yang ada ramai ibu bapa, kanak-kanak atau ibu-ibu lain yang turut menyusukan anaknya. Ini akan sangat menenangkan anda seperti berada di rumah sendiri sekaligus mempercepatkan refleks membebas (let down reflex).
4. Pakailah baju menyusu cardigan, shawl, nursing cover, poncho atau letakkan bayi didalam kain gendong (pouch). Tujuan supaya cover bahagian dada kita ketika menyusu. Juga elak mendedahkan aurat ketika menyusukan anak di khalayak ramai.
5. Tetapkan kedudukan. Jika berada di restoran atau kafe, pilih kedudukan yang membelakangkan pelanggan lain. Tujuannya agar dapat menyusu baby tanpa disedari oleh orang lain.
6. Pakai bra menyusu untuk memudahkan anda apabila menyusu. Ia juga dapat melancarkan pengaliran susu berbanding memakai bra jenis biasa. Sumber: Menyusukan anak di khalayak ramai

Harap perkongsian tips di atas, membantu ibu menyusukan anak di mana sahaja mereka berada. Sebagai wanita Islam a.k.a muslimah, tutuplah aurat ketika proses penyusuan. Penyusuan susu ibu adalah terbaik buat anak-anak.   

4 comments:

  1. Biasanya org yg da jadi mak2 ni .. diorang kurang sensitif sbb maybe terlalu open minded. "Alah.. semua orang ada nenen, takkan tak pernah tgk"

    Haaa just like that la umi. Tp kita kan wanita islam ... supposed to be kena tahu la hukum hakam aurat dlm islam. Mudahan kita tk tergolong . Amin

    ReplyDelete
  2. Tp mcm mana ye adik beradik yg bila menyusukan anak selamba je selak baju dan menampakkan dada pada adik beradik lelaki dan ayah. Tu belum tidur di biarkan baju terselak untuk memudahkan menyusu. Memang aurat antara adik beradik dari pusat hingga ke lutut. Tp mcm korang sopan rasa melihat ye. Blh sape2 beri penerangan..

    ReplyDelete
  3. Tp mcm mana ye adik beradik yg bila menyusukan anak selamba je selak baju dan menampakkan dada pada adik beradik lelaki dan ayah. Tu belum tidur di biarkan baju terselak untuk memudahkan menyusu. Memang aurat antara adik beradik dari pusat hingga ke lutut. Tp mcm korang sopan rasa melihat ye. Blh sape2 beri penerangan..

    ReplyDelete