29 Disember, iaitu penghujung tahun
2015 usia baby Amirah bakal mencecah umur 5 bulan. Seronoknya tengok anak makin
membesar. Nak tahu apa tingkah laku bayi
ketika umur 5 bulan? Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 5 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 5 Bulan
1. Bayi belajar duduk
dengan sendiri
Ketika usia bayi mencapai 5 bulan,
bayi akan mula belajar untuk duduk seketika dengan usahanya sendiri. Jadi tugas
kita adalah memantau mereka, meletakkan bantal di belakang mereka agar dapat
menahan mereka jika terjatuh.
2. Bayi suka
menyebut perkataan yang sama berulang kali
Bayi akan menyebut perkataan yang sama
dan akan mengulanginya untuk tempoh masa yang lama. Ini adalah proses
perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu
kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah.
Oleh itu, bayi akan membuat bunyi yang sama dan suka mendengar bunyi yang mereka
sebutkan berulang-ulang kali.
3. Bayi sudah
pandai memegang botol susu
Di usia 5 bulan, bayi sudah pandai
memegang botol susu mereka sendiri. Hanya susu ibu atau susu formula yang
diperlukan sebagai makanan utama mereka ketika ini.
4. Bayi boleh melihat
objek kecil dan membezakan warna lembut
Bayi boleh mengesan objek yang sangat
kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Kalau dahulu bayi sukakan warna
terang tapi bila umur mencecah 5 bulan bayi boleh membezakan warna-warna
lembut.
5. Deria
mendengar bayi semakin baik
Jika kita menghayunkan loceng mainan,
bayi akan berpusing ke arah bunyi tersebut. Malah ketika kita sedang bercakap,
bayi akan memerhatikan mulut kita dengan fokus dan cuba untuk meniru bunyi
percakapan kita. Bayi usia 5 bulan sudah tahu namanya sendiri. Apabila namanya
dipanggil, dia akan memusingkan kepalanya ke arah si pemanggil tersebut.
6. Cara bayi
meluahkan emosi
Apabila bayi mahu didukung, dia akan
menghulurkan tangannya kepada kita. Mereka menangis apabila melihat kita
meninggalkan bilik. Yang mana maksudnya mereka tidak mahu berjauhan dengan
kita. Bayi akan mula memeluk dan mencium kita.
Gambar
Bayi Usia 5 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 5 Bulan
1. Memberi
galakkan kepada bayi untuk bermain ketika meniarap
Memberi mainan kepada bayi semasa
keadaanya dalam meniarap akan menggalakkan bayi mengangkat kepala dan dadanya
untuk melihat alat mainan tersebut. Ataupun memandang wajah kita. Secara tak
langsung akan membantu menguatkan otot leher dan meningkatkan kawalan kepala hingga
membolehkan mereka duduk dengan sendiri.
2. Bayi belajar
mengenai sebab dan akibat
Bayi telah mula memahami bahawa
tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Bayi akan
menjatuhkan objek hanya untuk melihat kita mengutip objek tersebut, dan juga
melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Inilah proses pembelajaran bayi.
3. Cara
menenteramkan bayi apabila meragam / mengamuk
Apabila bayi mula meragam dan mengamuk
di kedai, ada cara untuk menenangkan mereka. Alih perhatian mereka dengan membuat
muka-muka lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tepuk tangan. Memberikan bayi
sesuatu untuk dipegang juga akan mengalihkan perhatian mereka yang ketika itu
sedang meragam.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 7 bulan |
Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 5 bulan.
Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat belajar, pintar
dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada bayi comel anda
:)
No comments:
Post a Comment