Perkembangan Bayi Usia 3 Bulan

Dalam tak sedar usia baby Amirah dah cecah umur 3 bulan November 2015. Apakah tingkah laku bayi ketika umur 3 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 3 bulan.

Perkembangan Bayi Usia 3 Bulan
1. Bayi 3 bulan sudah boleh tegakkan kepala dengan stabil
Ketika bayi berbaring di atas tilam, bayi seringkali mengangkat kepalanya. Malah berusaha untuk menegakkan kepalanya untuk beberapa minit. Itu yang sering terjadi pada baby Amirah.

2. Baring menyenget untuk langkah permulaan meniarap
Di umur 3 bulan, baby Amirah belum pandai meniarap sendiri, cuma sering baring dalam keadaan menyenget. So aku sendiri bagi galakkan agar dia belajar meniarap. Ketika dalam keadaan meniarap, baby Amirah akan mengangkatkan kepala dan dadanya seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Jadi, aku akan ambil alat mainan dan hayunkan mainan di hadapannya. Tujuannya agar menggalakkan dia meniarap lebih lama.

3. Suka menendang kakinya dan menghayunkan tangan
Baby Amirah sekarang suka menendang kakinya bila diletakkan pada kerusi bayi. Tendangannya juga sangat kuat. Jika kita hulurkan mainan, dia akan mengenggam seketika sebelum melepaskan. Ketika ni, dia belum pandai memegang barang.

Tips mengajar anak ketika bayi: Usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting! Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

4. Bayi 3 bulan tidur lebih lena dan pola tidur stabil
Fuh lega, baby Amirah dah boleh tidur malam dengan lena tanpa perlu banyak berjaga malam. Kalau bangun pun, hanya mahu menyusu sahaja. Dah kenyang tidur balik. Tak banyak meragam macam dulu-dulu.

5. Bayi kenal wajah emak dan ayahnya
Menjelang usia tiga bulan, bayi sudah boleh mengenali muka emak dan ayahnya. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Baby Amirah bila kita tengok je muka dia, terus dia tersenyum lebar. Kadang-kadang pandai ketawa sendiri. Hanya melihat wajah mak dan bapanya sendiri, dia akan tersenyum dan ketawa riang. Bila kita bercakap dengan dia, dia akan sibuk bercakap jugak. Dengan bahasanya yang tersendiri. Bahasa baby. Kredit: Perkembangan bayi anak anda pada usia 3 bulan

Gambar Bayi Usia 3 Bulan
Perkembangan bayi usia 3 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 3 bulan, tingkah laku bayi umur 3 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 3 bulan

Cara Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 3 Bulan
1. Mengajar bayi mendengar nama barang
Semasa berjalan, tunjukkan bayi benda yang ada di sekeliling dan berikan nama barang tersebut. Bayi belum boleh mengulang perkataan tersebut, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya dan menjadikannya cepat belajar.

Mulalah membaca kepada anak. Ia membantu anak menguasai kemahiran mendengar. Pilih buku yang mempunyai gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan yang mudah.

2. Mengajar bayi 2 bahasa
Bayi yang didedahkan oleh ibu bapanya dengan dwi-bahasa akan memudahkannya untuk menguasai bahasa tersebut. Contohnya sekarang kita gemar berbahasa Melayu di rumah, kita boleh ajarkan bahasa Inggeris ataupun bahasa Cina, Tamil atau mana-mana bahasa yang kita mahir.

3. Mengajar bayi jenis-jenis sentuhan
Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama.

4. Mengajar bayi berinteraksi dengan persekitaran
Bayi akan memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri). Bayi juga berkemungkinan akan berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara ibu dan ayahnya. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, bayi akan memberi tindak balas dan berinteraksi kepada kita.

Perkembangan bayi usia 3 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 3 bulan, tingkah laku bayi umur 3 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 3 bulan
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 4 bulan

Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 3 bulan. Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat belajar, pintar dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada bayi comel anda :)

1 comment:

  1. Terima kasih artikelnya sangat menarik dan mengetahui perkembangan
    bayi 3 bulan semoga artike ini bermanfaat di tunggu artikel lainnya

    ReplyDelete