Tanggal 29 Julai 2015 merupakan tarikh
baby Amirah keluar dari perut maknya. Selamat datang ke dunia sayang. Untuk ibu
baru macam aku ni, mesti tertanya-tanya apakah tingkah laku bayi ketika usia 0 bulan. Apa reaksi kelakuan bayi
yang baru lahir. Nak tahu? Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi anak kita yang baru lahir.
Perkembangan
Bayi Usia 0 Bulan (Bayi Baru Lahir)
1. Tangan dan
kaki bayi masih melengkuk
Masa baby Amirah baru lahir, aku
tengok kaki dan tangannya kelihatan mengerekot/ melengkung bengkok. Tak begitu
lurus. Keadaan ni adalah normal. Ia akan membetul dengan sendirinya apabila bayi
mencapai usia 5 - 6 bulan kelak.
2. Bayi mengangkat
kepalanya seketika
Menjelang akhir bulan, bayi anda akan
dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring, malah bayi
sudah boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi.
3. Bayi yang baru
lahir suka dibedung
Bayi baru lahir masih sedang
mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan
dalam rahim yang selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi
amat sukakan bedungan. Dibalut selamat dalam selimutnya.
4. Bayi baru
lahir kuat menyusu
Makanan adalah perkara yang amat
penting dalam kehidupan bayi baru lahir. Bayi baru lahir akan menyusu 2 atau 3
jam sekali siang dan malam. Jadi, golongan ibu semua bersedialah.
5. Bayi suka tidur
Bayi baru lahir tidur sejumlah 16
hingga 17 jam dalam masa 24 jam.
6. Menangis adalah
cara bayi berkomunikasi
Bayi akan menangis apabila rasa lapar,
mengantuk, sejuk, lapar, panas dan rasa tak selesa. Itulah cara bayi
berkomunikasi pada kita.
Bayi suka bila kita bercakap dengannya
dengan suara lembut. Juga bayi suka apabila kita menegakkan badannya, memeluknya,
bayi suka dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah cara
penting untuk berkomunikasi dengan bayi kita.
7. Bayi suka
melihat wajah orang yang mendukungnya
Penglihatan bayi yang baru lahir usia
0 bulan masih kabur dan samar-samar. Muka kita adalah yang paling menarik
baginya pada masa ini. Jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih
kurang 30sm. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang
mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu.
Gambar
Bayi Usia 0 Bulan (Bayi Baru Lahir)
1. Bayi baru
lahir dalam keadaan senyap dan berjaga
Inilah situasi yang sesuai untuk
pembelajaran bayi. Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi.
Tetapi, jika kita cuba berinteraksi dengannya dan bayi tidak bertindak balas,
dia mungkin terlalu mengantuk.
2. Bayi suka
memerhati dan meniru pergerakan
Dari saat awal ini lagi, bayi telah
boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif dan ada kalanya dia
mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk meniru
dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan
mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali.
Kemudian ulangi.
Berikan dia sedikit masa untuk meniru
ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan serta merta, atau
mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia pasti
memerhatikan anda.
3. Bermain dengan
bayi yang baru lahir
Letakkan mainan gantungan di tempat
bayi berbaring sebagai alat mainannya. Mainan yang boleh dipukul dan
mengeluarkan bunyi membolehkan bayi melatih kemahiran lengan, tangan dan
jarinya. Selain dapat mengurangkan kebosanan berbaring. Pilih buku-buku
bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi kita. Begitulah
cara pembelajaran mereka di usia 0 bulan.
4. Bayi suka
melihat dirinya dalam cermin
Bayi kagum akan refleksi mereka
sendiri. Letakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia melihat
dirinya sendiri. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan belajar
memerhati pergerakan dalam cermin.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan (bayi baru lahir) sehingga umur 4 bulan |
Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 0 bulan (bayi
baru lahir). Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat
belajar, pintar dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada
bayi comel anda :)
No comments:
Post a Comment