Masa kian berlalu, tak sangka usia
baby Amirah akan mencapai umur 6 bulan Januari 2016. Apakah tingkah laku bayi ketika umur 6 bulan.
Jom ketahui tanda-tanda perkembangan
bayi di usia 6 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 6 Bulan
1. Bayi semakin
mahir menggunakan tangannya
Apabila bayi mencapai usia 6 bulan,
bayi semakin mahir mengawal gerak tangannya hingga membolehkan dia menarik
objek di sekelilingnya. Bayi akan memindahkan alat mainan dari satu tangan ke
tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi mendapati bahawa
melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali.
2. Bayi belajar
bergolek
Bayi belajar bergolek ke kiri dan ke
kanan. Semasa menukar lampin atau pampers bayi, letakkan tangan di atas badan
bayi. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi keseorangan di atas katil atau
mana-mana tempat tinggi. Jika menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi
selama ini, beralihlah untuk menyalin pakaiannya di atas lantai saja.
3. Bayi suka
bersosial dan berinteraksi
Bayi sukakan orang yang menyapanya
dengan mesra dan menghadiahkannya senyuman.
Bayi sudah tahu cara mendapatkan
perhatian kita dengan melakukan apa sahaja. Juga mempelbagaikan taktiknya untuk
mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Bahkan menggeliat-geliatkan badan,
membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain semata-mata meraih perhatian kita.
Mesti seronok!
4. Bayi semakin suka
membebel
Bayi melihat dan mendengar apa yang
ada di persekitarannya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas,
meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bercakap yang kedengaran
membebel.
5. Bayi menangis
apabila bercakap kasar dengannya
Haaa, dah lagak macam orang besar. Bayi
sudah boleh mengenalpasti nada dan suara yang berbeza. Mereka akan menangis
apabila kita bercakap kasar dengannya.
Gambar
Bayi Usia 6 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 6 Bulan
1. Main mainan
jenis bergilir-gilir dan permainan terbaik untuk bayi
Bayi 6 bulan gemar bermain mainan
bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala,
biarkan bayi mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang
dibuat olehnya. Bila tiba giliran kita, cara terbaik untuk mengajar bayi dan
membuat dia ketawa pada masa yang sama adalah dengan membuat bunyi-bunyi
haiwan. Untuk lebih senang, install applikasi Animal menerusi telefon pintar
kita sebagai kaedah pembelajaran anak-anak.
2. Mendedahkan
banyak alat mainan yang merangsang derianya
Bayi menggunakan semua derianya untuk
mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak
barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan
mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk
kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi
loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan. Makin banyak alat makin,
makin luas pengetahuannya.
3. Bacakan buku
cerita untuk bayi
Pilih buku cerita yang ada banyak
gambar, warna kartun berwarna-warni. Bayi akan terhibur melihat gambar yang
terang. Membaca kepada bayi membantu skil kemahiran mendengar bayi dan
mengalakkan mereka untuk bercakap.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 7 bulan |
Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 6 bulan. Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat belajar, pintar dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada bayi comel anda :)
No comments:
Post a Comment