29 Ogos 2015, usia baby Amirah mencapai
1 bulan. Apakah tingkah laku bayi ketika
umur 1 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan
bayi anak kita di usia 1 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 1 Bulan
1. Bayi belajar
menegakkan kepalanya
Usia 1 bulan, otot leher bayi semakin
kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang
singkat.
2. Bayi meneroka dengan
menggunakan tangan dan kaki
Bayi berumur 1 bulan akan mula
menggerakkan tangan dan kakinya. Jarinya akan mula menggengam. Kakinya akan
menendang dalam pergerakan yang kecil.
3. Puting kosong membantu
bayi menenangkan diri
Bayi amat gemar menghisap. Pemberian
puting kosong berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Sekiranya
tak ada puting, bayi mungkin mendapatkan ibu jari atau jari-jari lain untuk
dihisap.
4. Bayi membuat
bunyi seolah bercakap
Bayi sudah boleh membuat bunyi
berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan
perasaannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal ini.
5. Bayi suka
merenung dan bertentangan mata
Bayi suka merenung muka ibu dan
bapanya. Yakni orang yang dilihat sentiasa ada di sisinya. Matanya juga
memandang terus ke mata kita. Di usia 1 bulan, bayi sudah boleh mengenali ibu bapa
mereka secara jelas.
Bayi menunjukkan reaksi yang berlainan
kepada mak dan ayah daripada orang yang tidak dikenali. Bayi anda akan berhenti
menangis dan terus bertentang mata dengan kita. Bayi juga sudah mula senyum
apabila mereka melihat ibubapa mereka.
Gambar
Bayi Usia 1 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 1 Bulan
1. Bayi suka
mendengar bunyi dan muzik
Bunyi loceng angin atau detikan jam akan
menghiburkan bayi. Perkenalkan bunyi yang pelbagai kepada bayi, membuatkan
pembelajarannya berkembang luas. Mendengarkan bayi muzik dan lagu akan membuatkan
bayi rasa seronok.
2. Mata bayi sudah boleh mengesan
pergerakan objek
Apabila sudah pandai berfokus dengan
kedua-dua belah mata, bayi sudah boleh mengikuti objek yang bergerak. Hulurkan mainan
kepada bayi, dan alihkan mainan kiri ke kanan untuk proses pembelajaran bayi. Matanya
akan turut sama bergerak ke kiri ke kanan mengikut gerakan mainan tersebut.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 4 bulan |
Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 1 bulan.
Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat belajar, pintar
dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada bayi comel anda
:)
No comments:
Post a Comment