Usia baby Amirah menginjak ke 2 bulan
menjelang 29 September 2015. Apakah tingkah
laku bayi ketika umur 2 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi anak kita di usia 2 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 2 Bulan
1. Bayi sudah
pandai senyum
Inilah saat paling di tunggu-tunggu
oleh semua ibu bapa. Apabila si bayi yang berusia 2 bulan memandang tepat ke
wajah mereka lalu dihadiahkan senyuman. Membuatkan segala permasalahan hilang
dan rasa begitu bahagia!
2. Bayi mula tidur
bagi tempoh yang lebih panjang
Tidur malam bayi akan jadi lebih lama,
tanpa sering berjaga malam. Jika bangun pun hanya mahukan penyusuan di tengah
malam, atau mungkin dua penyusuan. Bayi berusia 2 bulan tidur antara 2 hingga 4
kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari.
3. Bayi dapat mengawal
pergerakan dengan lebih baik
Pergerakan tangan dan kaki bayi yang
tersangkut-sangkut semasa dia bayi baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar.
Bayi 2 bulan kini sudah boleh menyambar objek.
Gambar
Bayi Usia 2 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 2 Bulan
Minat bayi berkembang
Menjelang usia 2 bulan, bayi mula
mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan
halus dari segi reka bentuk dan warna. Biarkan bayi melihat dan menyentuh objek
yang lebih bervariasi. Berikan mainan lembut dan bola gebu untuk bayi meneroka keseronokan
bermain.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 4 bulan |
Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 2 bulan.
Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat belajar, pintar
dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada bayi comel anda
:)
No comments:
Post a Comment