Clever Girl Malaysia 2016 Episod 4

Clever Girl Malaysia 2016 Pusingan 4 bersiaran secara langsung di TV3 pada 3 April 2016. Program realiti Clever Girl Malaysia membuktikan mereka yang cantik menawan, mempunyai tahap intelek yang setaraf dengan kecantikan wajah mereka. Clever Girl Malaysia sebuah game show yang tidak menggunakan sistem undian. Peserta Clever Girl Malaysia akan dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz dengan kepantasan berfikir.

Adakah anda tergolong bijak pandai?

Tugasan Peserta Clever Girl Malaysia 2016 Episod 4
Untuk tugasan peserta Clever Girl Malaysia 2016 pusingan keempat, peserta menjawab soalan yang dikemukakan oleh hos secara spontan. Konsepnya siapa cepat, dia dapat! Jika peserta menjawab soalan dengan betul, markah akan ditambah. Jika salah, markah akan ditolak. Peserta diberi pilihan jawapan A, B, C dan D.

Pemenang Mingguan Clever Girl Malaysia 2016 Pusingan Ke-4
Pusingan akhir juara mingguan Clever Girl Malaysia episod 4, jumlah markah peserta akan ditotal semua. 2 peserta paling tinggi markahnya akan bersaing lagi untuk mencari pemenang mingguan Clever Girl Malaysia pusingan ke 4. Sarah Adiba dan Fatin merupakan peserta yang mempunyai markah tertinggi.

Selepas melalui proses soal jawab, Sarah Adiba dinobatkan pemenang Clever Girl Malaysia pusingan 4. Dengan itu, Sarah Adiba mendapat hadiah juara mingguan Clever Girl Malaysia sebanyak RM1,000. Ni kali ke-3 Sarah bergelar juara mingguan. Tahniah Sarah.

Peserta Tersingkir Clever Girl Malaysia 2016 Episod 4
Adilah mendapat markah paling terendah yang akhirnya menyebabkan dia tersingkir di pusingan akhir penyingkiran Clever Girl Malaysia episod 4. 

Kisah gadis pintar Malaysia:

clever girl malaysia 2016 episod 3 minggu 3 pusingan 3, gambar clever girl malaysia 2016 tv3, tugasan clever girl malaysia 2016 pusingan ketiga, pemenang dan peserta tersingkir clever girl malaysia 2016 episod 3
Gambar Clever Girl Malaysia TV3

Pengacara Clever Girl Malaysia 2016
Alif Satar

Saksikan Clever Girl Malaysia 2016
Tarikh Clever Girl Malaysia 2016 episod 4 disiarkan: 3 April 2016
Hari: Ahad
Jam: 9.00 malam
Siaran ulangan Clever Girl Malaysia: Jumaat 10.30 pagi
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment