Pemangkin Pendapatan Digital #YouCanDuit

Pemangkin Pendapatan Digital #YouCanDuit | YouCanDuit kini makin viral. Peluang untuk rakyat Malaysia menjana pendapatan menerusi penggunaan internet. Saya ada internet, eh awak pun suka beronline. Haa, ni la peluang keemasan kita raih income online menerusi program #YouCanDuit.

Apa itu #YOUCANDUIT? You can duit merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. Ada 2 cabang duit yang kita boleh ceburi. Kalau saya, saya daftar untuk eRezeki. Tapi kalau saya ada produk yang nak diniagakan, saya akan daftar sekali untuk eUsahawan. Peluang jana duit tu. 
Pemangkin Pendapatan Digital #YouCanDuit

APA ITU eREZEKI
eRezeki adalah inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

APA ITU eUSAHAWAN
eUsahawan merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan mikro yang sedia ada serta orang awam yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih.

Hmmm..sangat bagus Pemangkin Pendapatan Digital #YouCanDuit ni. Dapat menambah pendapatan keluarga, tambah duit poket. Jom rakyat Malaysia kita daftar program #YouCanDuit beramai-ramai! Layari website MDEC untuk info lebih lanjut: http://youcanduit.mdec.my/

No comments:

Post a Comment