Telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung (Astro)

Sinopsis Pontianak Sesat Dalam Kampung (Astro) Pontianak Sesat Dalam Kampung mengisahkan Ros (Emma Maembong) Pontianak cantik yang tersesat di sebuah kampung. Meskipun Ros seorang Pontianak, namun budak kecil bernama Sabihah (Arissa Farina Rizal) tidak menggeruni akan dirinya.

Misi Ros adalah untuk mencari darah orang paling nakal di atas bumi. Darah tersebut penting untuk menyelamatkan nyawa ayahnya iaitu King Pontianak (Rahmad Mega). Kehadiran Ros di kampung itu telah menakutkan penduduk kampung. Suami Mak Kuntum (Che Puteh) antara mangsa korban yang meninggal dunia.

Mak kuntum memberikan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menangkap pembunuh suaminya itu. Mendengar tawaran tersebut, Yamim (Kamal Adli) antara yang berminat. Yamim hanya bekerja di kedai runcit milik Mak Kuntum. Namun dek insiden rakannya yang sering mengambil barang di kedai itu, Mak Kuntum telah memecat Yamim. Kini Yamim tidak bekerja.

Mak Nor (Norlia Ghani) mak kepada Yamim dan Sabihah. Dia begitu marah kerana anaknya Yamim bersubahat dalam mengambil barang kedai. Bagi Sabihah, abangnya seorang yang nakal, degil dan suka mencari masalah.

Suatu hari, ketika Sabihah balik dari kelas belajar mengaji malam, dia telah menuju ke rumah kosong yang telah lama terbiar. Gerak hatinya seperti ada seseorang di dalam rumah itu. Ternyata benar apabila Sabihah menemui Ros yang berpakaian serba putih. Ros begitu hairan kerana Sabihah tidak takut melihatnya.

Ros dan Sabihah menjadi kawan. Sabihah mengajak Ros untuk tinggal di rumahnya namun Ros enggan. Sabihah memberitahu dia ada cara untuk menyempurnakan misi Ros. Katanya, abangnya adalah orang paling nakal di kampung. Ros terus bersetuju! Mudahlah untuknya mendapatkan darah tersebut.

Mak Nor ketawa geli hati apabila Ros mengakui dirinya adalah Pontianak. Mak Nor tak percaya! Tambahan lagi, “Mana ada Pontianak pakai tudung”. Dia ketawa terbahak-bahak. Ros membuktikan apa yang diperkatakannya, lalu dicabutnya paku di tapak kakinya maka bertukarlah penampilannya menjadi Pontianak! Mak Nor terpaku dan ketakutan.

Pada awalnya, Mak Nor tidak mahu menerima kedatangan Ros ke rumah itu. Namun hatinya menjadi kasihan melihat Ros yang tiada arah tuju. Tambahan lagi, Ros berjanji tidak akan menganggu keluarga mereka.

Yamim jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Ros. Gadis yang begitu cantik, perlahan-lahan dia mendekati Ros. Ros yang sukakan peluang itu membiarkan Yamim terpaut hati padanya. Jadi mudahlah nanti dia mengambil darah Yamim, darah orang paling nakal di kampung itu.

Siapa sangka perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara Yamim dan Ros. Kedua-duanya saling menaruh hati. Ros hampir lupa misinya datang ke kampung itu.

Keadaan king Pontianak semakin tenat. Suri (Faye Kusairi) kakak kepada Ros datang menganggu ketenteraman kampung. Dia memberi peringatan kepada Ros untuk segera mendapatkan darah tersebut.

Rahsia Ros telah pecah. Kini tahulah Yamim bahawa buah hatinya itu adalah Pontianak. Yamim datang bersama air Yasin dan merenjis ke arah Ros. Ros menjerit kesakitan. Yamim mengikat Ros di tiang rumah. Yamim berterusan menyakiti Ros. Mak Nor cuba menghalang Yamim namun hati Yamin yang panas dan tengah marah itu tidak mempedulikannya.

Tidak tahan dengan kesakitan, Ros berubah menjadi Pontianak. Dia yang dalam keadaan berang cuba untuk mencederakan Yamim dan hampir sahaja membunuh Yamim. Namun, hatinya yang penuh dengan rasa cinta membuatkan dia membatalkan niatnya. Ros hanya mencolet setitis darah yang mengalir jatuh dari luka Yamim lalu segera terbang pergi dari situ.

Darah tersebut diberikan kepada King Pontianak, lalu king segera sembuh. Mak Kuntum memperkenalkan anak gadisnya kepada Yamim. Yamim jatuh cinta lalu dia mengahwini gadis tersebut. Malam pertama bergelar suami, Yamim mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana sanggup menerima dirinya.

Isteri Yamim tersenyum. Namun, apabila dia menoleh rupa-rupanya…perempuan itu adalah Ros! Ros menjelma dirinya menjadi isteri Yamim. Tamat. Saksikan segalanya dalam drama Pontianak Sesat Dalam Kampung di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung
Emma Maembong – Ros
Kamal Adli – Yamim
Arissa Farina Rizal – Sabihah
Norlia Ghani – Mak Nor
Hairi Safwan – Mak Leh
Faye Kusairi – Kak Suri
Rahmad Mega – King Pontianak
Che Puteh – Mak Kuntum

OST Lagu Tema Pontianak Sesat Dalam Kampung
Lagu Esok Belum Tiba – Nastia ft Liyana Fizi
Lagu Hancur Aku – Estranged ft Fazura
Algu Ragu-Ragu – Syed Shamim & Tasha Manshahar

Sinopsis telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung siaran Astro, pelakon dan gambar telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung
Gambar Telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung

Saksikan telefilem Pontianak Sesat Dalam Kampung
Tarikh Pontianak Sesat Dalam Kampung disiarkan: 2 April 2016
Hari: Sabtu
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment