Sinopsis Tundukkan Playboy Itu Episod Akhir

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu Episod Akhir Drama TV3 Slot Akasia | Nurin (Uqasha Senrose) masih terlantar di hospital dalam keadaan koma. Hentakan yang kuat menyebabkan dia dalam keadaan serius. Ayah, ibu dan adiknya setia menunggu di luar bilik. Malah Farhan (Alif Satar) juga turut risau akan keadaan Nurin.

Harraz (Hafidz Roshdi) yang baru sahaja tiba di kampung untuk memaklumkan akan majlis perkahwinannya, bergegas kembali ke ibu kota selepas mendengar khabar buruk tentang Nurin. Harraz begitu bersedih dengan kejadian buruk yang menimpa tunangnya itu.

Elfira (Mawar Rashid) cuba untuk melawat Nurin namun Farhan menghalangnya. Baginya, Elfira menjadi punca kemalangan Nurin. Elfira bersedih. Suami Elfira telah diberkas pihak polis.

Ibu Nurin begitu risaukan akan majlis perkahwinan Nurin yang bakal tiba tak lama lagi. Melihat keadaan Nurin yang masih belum sedarkan diri. Harraz memberi sokongan pada Nurin setiap hari sambil mengenangkan kisah manis mereka.

Mujur, Nurin sedar beberapa hari kemudian. Semua keluarga terutamanya Harraz rasa sangat lega. Majlis pernikahan Nurin dan Harraz berlangsung tepat pada tarikhnya. Harraz begitu berdebar dan teruja bergelar seorang suami. Ketika itulah, Farhan menemui seseorang yang telah berjaya membuka pintu hatinya. Sepupu Nurin! Jasmin!

Jasmin (Nelydia Senrose) dan Farhan bertembung di luar rumah pengantin. Mereka kelu tak terkata kerana pandangan mata jatuh menerobos ke hati mereka. Ada sesuatu yang berlaku antara mereka.

Harraz kini bergelar suami mithali. Membimbing dan menjadi imam kepada isterinya di rumah. Seorang lelaki playboy jatuh cinta pada wanita bertudung litup. Yang mana mengubah gaya hidupnya selama-lamanya. Cinta ke jannah. Tamat.

Pelakon Drama Tundukkan Playboy Itu TV3
Hafidz Roshdi - Harraz Naufal
Uqasha Senrose - Nurin Arissa
Alif Satar - Farhan Badriz
Mawar Rashid - Elfira
Ridzuan Hashim - Tan Sri Mukhriz
Maria Farida - Puan Sri Rosell
Mahmud Ali Bashah – Suffian
Jasmin – Nelydia Senrose
Marisa Yasmin - Datin Maria
Abdul Manan Sulaiman - Dato Majid
Ben Asri - Nashreen Lee
Navilya Husna - Intan
Ziha Salleh - Suliza
Faradiella Mokhtar - Doktor Ida
Shaza - Eva
Faris Zoren - Eriq
Nazmi Nordin - Ash
Amylia - Wana
Syahera Manrose - Ariana
Alex Faizal – Aidil

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu episod akhir, gambar, pelakon, akhir cerita drama Tundukkan Playboy Itu tamat, last episode, ending Tundukkan Playboy Itu, episod kemuncak, komen drama Tundukkan Playboy Itu tv3
Gambar Drama Tundukkan Playboy Itu Episod Akhir
Komen Selepas Menonton Drama Tundukkan Playboy Itu
Macam mana la Nurin boleh cedera begitu teruk, padahal kena tolak manusia je pun. Tetibe tergoleng terperosok tepi jalan, tepi lori, sampai mengalami gegaran otak bagai. Kuat sungguh kuasa tolakan Boboiboy. Kalau secara logik, kalau orang tertolak kita paling teruk jatuh bedebup je kan. Hmmm..sukar aku nak imagine.

Part suspens bila si Nelydia datang. Eh adik-beradik berlakon sama drama. Mula-mula aku ingatkan kembar Nurin, sebab hanya tayangkan bahagian mata je. Rupanya Nelydia. Cantik kedua-duanya. Aku rasa kan…mesti ada kesinambungan drama ni. Tundukkan Playboy Itu Raya 2016. Sama-sama kita tunggu, betul ke tak ramalan aku.

Drama  Tundukkan Playboy Itu EPISOD AKHIR
Tarikh episod akhir Tundukkan Playboy Itu disiarkan: 7 April 2016
Hari: Khamis
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment