Sinopsis Drama Dia Semanis Honey (Astro)

Sinopsis Drama Dia Semanis Honey (Astro) | Dia Semanis Honey mengisahkan seorang jejaka yang akhirnya jatih hati pada wanita yang bergelar tunangannya. Namun belum pun sempat mereka membina mahligai bahagia, muncul bekas kekasih lama menghancurkan semuanya.

Bagi Hani (Siti Nordiana), pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada
Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”
Saksikan segalanya dalam drama Dia Semanis Honey (Astro) di kaca tv anda.

Pelakon Drama Dia Semanis Honey (Astro)
Hani - Siti Nordiana
Ahnaf
Adam
Ariana

Sinopsis drama Dia Semanis Honey (Astro), pelakon dan gambar drama Dia Semanis Honey (Astro), Dia Semanis Honey episod akhir – episod 16
Gambar Drama Dia Semanis Honey (Astro)
Tonton drama Dia Semanis Honey (Astro)
Tarikh Dia Semanis Honey disiarkan: 2 Mei 2016
Jumlah episod drama Dia Semanis Honey: 16
Dia Semanis Honey episod akhir – episod 16
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD

1 comment:

  1. x sabo nk tggu pghabisan cerita ni. Suke sgt!!!

    ReplyDelete