Ads GA Leaderhead

Bayi Comel Buat Muka Jaik

Video Bayi Comel Buat Muka Jaik Yang Lucu, Lawak Dan Kelakar │ Alahai budak kecik baby Amirah suka buat surprise. Kali ni buat muka jaik versi comel yang kelihatan seperti lawak, kelakar dan melucukan! Terhibur tengok aksi bayi macam ni. Menceriakan hari kita.


Muka jaik maksudnya muka hodoh. Tapi bila baby buat muka jaik hasilnya jadi lawak. Tapi kalau orang besar buat mesti akan jadi hodoh. Hukhukhuk..mohon jangan buat ye. Ni masa baby Amirah umur 7 bulan. Nak masuk ke 8 bulan. Memang baby sebesar ini dah pandai bergurau erk dengan orang dewasa? Kagum!

Muka kena susu botol
Kalau dulu-dulu, orang suka bergurau. Khasnya buat si kuat perasan, mereka akan cakap,’muka kau diat’. Maksudnya tengok muka kau dahulu. Cermin diri sendiri. Sebab orang tak nak dia tu syok sendiri. Tapi kalau buat muka jaik, siapa nak kisah. Muka hodoh je pun. Haha..

Sesetengah orang amat sensitif bila dilabel muka jaik. Ye la siapa yang nak dicop muka buruk, ugly face. Tapi kalau untuk baby sangat sesuai. Sebab bukan mlambangkan yang buruk, tetapi sesuatu yang tak cantik tapi comel dan melucukan. Baby molah muka jaik! So comel!

1 comment: