Sinopsis Uda Dan Dara Episod Akhir

Sinopsis Uda Dan Dara (Astro) Episod Akhir | Kak Yah (Dynas Mokhtar) berterusan menyalahkan adiknya Izzat Hilman / Man (Zul Ariffin) kerana mengahwini Siti Mariam / Mar (Siti Saleha). Baginya perempuan itu bukan yang terbaik calon isteri untuk adiknya. Selama ini, dia dan arwah ibunya menetapkan Hilman akan berkahwin dengan Khalida (Anis Al Idrus). Seperti biasa, Hilman hanya memekakkan telinganya.

Mar yang baru keguguran kelihatan pucat dan lemah. Dia rasa amat kecewa, terkilan kerana Kak Yah masih tidak dapat menerima dirinya sebagai adik ipar. Mar mengemas barang-barang dan ingin meninggalkan rumah itu. Man cuba menghalang. Mar menyatakan rasa sedihnya kerana dia menjadi punca pergaduhan antara Man dengan Kak Yah. Mar akhirnya akur dengan permintaan Man.

Man menerima panggilan telefon dari hospital menyatakan anak saudaranya telah stabil. Dia dan Kak Yah terus bergegas ke hospital. Doktor menjelaskan ada seorang wanita yang telah menderma darah. Selepas diselidiki, rupanya Mar adalah orang tersebut. Kak Yah diserang rasa bersalah. Dia meminta maaf kepada Mar kerana sering berprasangka buruk terhadapnya. Mar menerima permohonan maaf kakak iparnya itu.

Imaran (Idris Khan) telah mengahwini Huda (Ezzaty Abdullah). Malah ayah Imran iaitu Dato’ Aziz (Roy Azman) juga turut  berkahwin dengan wanita lain. Datin Nora (Dilla Ahmad) pada awalnya menentang perkahwinan suami dan anaknya, namun selepas mendengar pengakuan Huda, dirinya merasa kekesalan. Datin Nora juga memohon maaf kepada suaminya. Omar (Qazim Nor) juga telah rujuk kembali dengan isterinya. Mereka juga telah mengambil seorang anak angkat.

Hidup Mar dan Man kembali bahagia. Malah Kak Yah juga antara orang yang gembira melihat adiknya mempunyai seorang isteri yang baik. Beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata yang comel. Tamat.

Pelakon Drama Uda Dan Dara (Astro)
Zul Ariffin sebagai Izzat Hilman
Siti Saleha sebagai Siti Mariam
Idris Khan sebagai Imran
Dilla Ahmad sebagai Datin Nora
Anis Al Idrus sebagai Khalida
Dynas Mokhtar sebagai Kak Yah
Zuhairah Zahir sebagai Norly
Ezzaty Abdullah sebagai Huda
Arash Mohd sebagai Majid
Sherry Merlis sebagai Zaharah
Eyka Farhana sebagai Nija
Nadia Mustafa sebagai Aida
Qazim Nor sebagai Omar
Roy Azman sebagai Dato Aziz
Nazia Mustafar sebagai Kak Aida
Atiqa Farhana sebagai Nija

Sinopsis Uda Dan Dara episod akhir, gambar, pelakon, akhir cerita drama Uda Dan Dara (Astro) tamat, last episode, ending Uda Dan Dara (Astro), episod terakhir uda dan dara
Gambar Drama Uda Dan Dara (Astro) Episod Akhir

Drama Uda Dan Dara EPISOD AKHIR
Tarikh episod akhir Uda Dan Dara disiarkan: 4 April 2016
Hari: Isnin
Jam: 6.00 petang
Saluran: 135 Maya HD

No comments:

Post a Comment