Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta (Astro) | Suami Tanpa Cinta mengisahkan sang isteri yang kebingungan
mencari makna cinta dalam diri suaminya. Demi menyelamatkan
syarikatnya daripada ‘gulung’, Ain Syifa (Janna Nick) berkorban demi syarikat
keluarganya. Dia membuat perancangan mengahwini lelaki lurus bendul bernama
Zaidan Iman/ Aid (Shukri Yahaya). Aid apa lagi, terus setuju! Al maklum la Ain
adalah gadis idaman hatinya.
Berita gembira itu disebarkan ke pengetahuan
orang tuanya, ibu dan ayah Aid teruja apabila Aid sudah mempunyai calon isteri.
Kerana selama ini mereka hanya melihat Aid sibuk bekerja dan langsung tidak
mempunyai masa untuk berkasih. Kini anak mereka bakal berkahwin! Mereka begitu
gembira sekali.
Ain menetapkan syarat untuk Aid bahawa dia akan
membantu syarikat keluarganya. Bagi Aid itu adalah perkara kecil. Aid membantu
Ain mendapatkan tender syarikat. Aid yang begitu gembira menghitung hari
perkahwinan mereka. Dia tidak sabar bergelar suami Ain Syifa.
Berkahwin tanpa cinta? Itulah yang berlaku pada
diri Ain. Dia akan menjadi isteri Aid tanpa ada sekelumit cinta pun. Risau
dengan keadaan itu, Ain meminta bantuan Aid agar mengajarnya erti cinta. Aid
menjadi bingung, blur dengan permintaan Ain. Masakan cinta itu boleh diajar?
Cinta hanya boleh dirasai.
Aid yang kebingungan meminta nasihat dari sahabat
karibnya, Mark Adam. Mark sendiri pun kepeningan memikirkan permintaan Ain.
Dalam menyelami erti cinta, hubungan Ain dan Aid diduga dengan kehadiran
seorang wanita bernama Alisha (Cristina Suzanne). Alisha mendakwa Aid telah
menidurinya hingga menyebabkan dia mengandung!
Aid menolak dakwaan
Alisha. Dia dapat merasakan Alisha ingin memerangkap dirinya. Makin bertambah
bingung apabila sepupu Aid dari kampung datang ke rumah. Tok (Norlia Ghani)
bersama cucunya Nurul (Mia Nasir) datang melawat rumah Aid. Nurul menaruh hati
pada Aid dari dulu lagi, namun dia langsung tidak tahu akan perancangan Aid
yang ingin bernikah.
Pelbagai cubaan Nurul
untuk membuatkan Aid meluangkan masa dengannya namun dek kesibukan bekerja, Aid
tidak dapat memenuhi permintaan Nurul. Malah Aid yang terlalu sibuk di pejabat
tidak dapat balik ke rumah untuk makan tengah hari hingga membuatkan Nurul
merajuk lalu balik semula ke kampung.
Uzir (Afzan) lelaki
yang membuatkan hati cemburu Aid membuak-buak. Pada Aid, Uzir mempunyai
perasaan pada bakal isterinya. Baginya, Uzir adalah pesaingnya. Mengajar Ain
tentang cinta bukan mudah, Ain yang berhati kering, selamba, tidak feminin dan
tidak sensitif itu agak kebal dengan cinta. Berjayakah perkahwinan itu
dilandaskan dengan sebuah cinta? Saksikan segalanya dalam drama Suami Tanpa
Cinta di kaca tv anda.
Pelakon Drama Suami Tanpa Cinta
Ain Syifa – Janna Nick
Zaidan Iman/ Aid – Shukri Yahaya
Alisha – Cristina Suzanne
Mark Adam
Mia Nasir - Nurul
Norlia Ghani
Rusdi Ramli
Wan Sharmila
Afzan – Uzir
Gambar Drama Suami Tanpa Cinta (Astro) |
Tonton drama Suami
Tanpa Cinta
Hari: Isnin - Jumaat
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104
& Ria HD 123
No comments:
Post a Comment