Cara Virus Zika Tersebar Boleh Melalui Air Mata

Berdasarkan kajian, virus zika mampu disebarkan menerusi air mata. Kini cara virus zika tersebar bukan hanya melalui gigitan nyamuk aedes aegypti malahan menerusi air mata ia salah satu punca jangkitan zika merebak. Wabak zika kian genting saat ini. Menjadi gerunan semua orang.

Kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat mendapati virus zika berkemungkinan mampu disebarkan melalui air mata pesakit yang telah dijangkiti virus tersebut. Pasukan pengkaji tersebut membuat penyelidikan dengan meletakkan virus itu di bawah kulit seekor tikus dewasa menyerupai cara manusia dijangkiti oleh gigitan nyamuk.

Cara Virus Zika Tersebar Boleh Melalui Air Mata berdasarkan kajian saintis virus zika mampu disebarkan menerusi air mata, cara virus zika tersebar boleh melalui air mata, zika boleh
Tanda-tanda jangkitan zika

Hasil keputusan kajian, mereka mendapati virus zika hidup di mata tikus berkenaan seminggu kemudian dan apabila diuji selepas 28 hari, air mata tikus yang dijangkiti turut dikesan mengandungi bahan genetik virus tersebut.

Mata boleh menjadi ‘tempat takungan’ virus zika dan penelitian dilakukan sama ada mereka yang dijangkiti mempunyai virus itu di bahagian mata. Permerhatian juga dibuat untuk melihat berapa lama keadaan itu berlarutan - Saintis dari Fakulti Perubatan Universiti Washington, Dr. Michael Diamond

Selain cara zika tersebar menerusi nyamuk aedes, zika boleh didapati wujud di dalam beberapa bahagian tubuh manusia yang mempunyai sistem imun kurang aktif seperti air mani, air liur, air kencing termasuk air mata. Keadaan tersebut menjelaskan bagaimana zika merebak begitu cepat, mengatasi jangkaan pakar jika virus itu hanya dibawa oleh nyamuk.

Berwaspadalah kita semua. Hapus tempat yang berisiko jadi tempat pembiakan nyamuk. Amalkan kebersihan dalam dan luar rumah. Buat kesepakatan dengan jiran tetangga untuk bersihkan halaman rumah masing-masing. Jika mengalami tanda-tanda zika, segera dapatkan rawatan di hospital.

WASPADA virus zika:

No comments:

Post a Comment