Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu TV3

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu TV3 | Bahagia Kasihmu mengisahkan Tasnim yang diburu masa silam. Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta. Saksikan segalanya dalam drama Bahagia Kasihmu di kaca tv anda.

Pelakon Drama Bahagia Kasihmu TV3
Fezrul Khan sebagai Zarul
Eyka Farhana sebagai Tasnim
Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazem Nor, Tisha Shamsir, Fazlina Ahmad Daud, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran

Gambar Drama Bahagia Kasihmu TV3
Sinopsis drama Bahagia Kasihmu TV3, pelakon dan gambar drama Bahagia Kasihmu TV3, Bahagia Kasihmu episod akhir – episod 13, drama Bahagia Kasihmu drama adaptasi novel karya Fatin Nabila
Bahagia Kasihmu drama adaptasi novel karya Fatin Nabila

Tonton drama Bahagia Kasihmu
Tarikh Bahagia Kasihmu disiarkan: 2016
Jumlah episod drama Bahagia Kasihmu: 13
Bahagia Kasihmu episod akhir – episod 13
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment