Sinopsis Drama Mr Donat Karamel TV3

Sinopsis Drama Mr Donat Karamel TV3 | Mr Donat Karamel mengisahkan seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan. Saksikan segalanya dalam drama Mr Donat Karamel di kaca tv anda.

Pelakon Drama Mr Donat Karamel TV3
Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal
Azira Shafinaz sebagai  Anggun Qairah
Mona Allen sebagai Mimin
Syazuwan Hassan, Fimie Don, Shamsul Ghau Ghau

Gambar Drama Mr Donat Karamel TV3
Sinopsis drama Mr Donat Karamel TV3, pelakon dan gambar drama Mr Donat Karamel TV3, Mr Donat Karamel drama adaptasi novel karya Hanny Esandra, Mr Donat Karamel episod akhir – episod 13
Mr Donat Karamel drama adaptasi novel karya Hanny Esandra


Tonton drama Mr Donat Karamel
Tarikh Mr Donat Karamel disiarkan: Oktober 2016
Jumlah episod drama Mr Donat Karamel: 13
Mr Donat Karamel episod akhir – episod 13
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment