Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2017

Permohonan Masuk Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Ambilan 2017. Borang online mohon masuk sekolah MRSM 2017 tingkatan 4 Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Jom daftar anak ke sekolah MRSM! Hebahan buat semua, khasnya buat pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016, pendaftaran pelajar ke MRSM ambilan 2017 kini dibuka. Isi segera borang permohonan masuk sekolah MRSM bagi tingkatan empat sesi 2017. Berikut merupakan panduan cara buat permohonan kemasukan anak ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

borang permohonan tingkatan 4 mrsm ambilan 2017, permohonan kemasukan mrsm tingkatan 4 2017, syarat permohonan kemasukan maktab rendah sains mara (mrsm), semakan kemasukan mrsm tingkatan 4 2017, syarat kemasukan mrsm form 4, kemasukan mrsm 2017, borang mohon masuk sekolah mrsm tingkatan 4
Isi borang mohon sekolah MRSM tingkatan 4 ambilan 2017

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 4
Pelajar mestilah Warganegara Malaysia;
Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan; atau
Pelajar Bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan;
Pelajar mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam peperiksaan pertengahan tahun tingkatan tiga;
Pelajar memperoleh keputusan sekurang-kurang 6A 4B (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian) dan gred A dalam Matematik dan Sains serta tiada gred C, D, atau E dalam subjek teras dalam Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) tahun semasa;
Pelajar mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tahun semasa;
Pelajar perlu mengisi borang permohonan secara online dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM;
Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tidak layak memohon.

Panduan Mengisi Borang Permohonan MRSM Tingkatan 4
Permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) form 4 tahun pengambilan 2017:
1. Permohonan ke tingkatan 4 MRSM hanya boleh dibuat menerusi sistem online. Isi borang permohonan di sini: https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp  
2. Isi di bahagian LOGIN PEMOHON. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Jika anda baru pertama kali guna sistem ini, sila daftar kata laluan terlebih dahulu.
3. Isi maklumat dalam borang selengkapnya.


Moga perkongsian permohonan kemasukan MRSM tingkatan 4 ambilan 2017 memberi manfaat buat semua. Tempoh buat permohonan MRSM ini bermula dari tarikh 13 September 2016 sehingga 21 Oktober 2016. Semoga permohonan anda lulus dan anak anda berjaya masuk sekolah MRSM. All the best!

No comments:

Post a Comment