Sinopsis Drama Mariam Alisa TV3

Sinopsis Drama Mariam Alisa TV3 | Mariam Alisa mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya.

Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal iti, gati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.

Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya.

Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada.

Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam. Sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam? Saksikan segalanya dalam drama Mariam Alisa di kaca tv anda.

Pelakon Drama Mariam Alisa TV3
Elvina Teylv sebagai Mariam Alisa
Ben Amir sebagai Farhan
Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haiqal
Haris Zainuddin sebagai Fareeq
Aida Aris sebagai Datin Hayati
Roy Azman sebagai Dato Mokhtar
Nadia Aqilah sebagai Sharmin
Najua P. Ramlee sebagai Adila

OST Lagu Tema Mariam Alisa TV3
Lagu: Dalam Keraguan
Penyanyi: Nadia Aqilah

Sinopsis drama Mariam Alisa TV3, pelakon dan gambar drama Mariam Alisa TV3, Mariam Alisa episod akhir – episod 13
Gambar Drama Mariam Alisa TV3
Tonton drama Mariam Alisa
Tarikh Mariam Alisa disiarkan: 25 Ogos 2016
Jumlah episod drama Mariam Alisa: 13
Mariam Alisa episod akhir – episod 13
Hari: Rabu hingga Jumaat
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment