Kes Ke-2 Jangkitan Zika Di Malaysia Mangsa Orang Sabah

Kes Kedua Jangkitan Zika Di Malaysia Mangsa Orang Sabah | Mangsa Zika Sabah Meninggal Dunia | Sebelum ni, kes pertama rakyat Malaysia dapat jangkitan zika adalah wanita berasal dari Klang. Hari ini, kita dikejutkan lagi dengan berita mangsa jangkitan ke 2 zika di Malaysia. Iaitu seorang lelaki berusia 61 tahun yang berasal dari Sabah.

Kes zika di Sabah
Pada 27 Ogos lalu, mangsa mengalami demam yang teruk, sakit otot dan diarrhea. Pada awalnya mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Luyang tiga hari kemudian. Bagaimanapun, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut. Ujian makmal yang dijalankan ke atas darah dan air kencing mangsa menunjukkannya positif Zika.

Mangsa mendapatkan rawatan zika di Hospital Queen Elizabeth II, kes kedua jangkitan zika di malaysia mangsa orang sabah, mangsa zika sabah meninggal dunia, kes zika di sabah, dijangkiti zika walaupun tidak ke luar negara
Mangsa mendapatkan rawatan zika di Hospital Queen Elizabeth II
Dijangkiti zika walaupun tidak ke luar negara
Kes pertama zika di Malaysia, mengaitkan wanita Klang dijangkiti zika selepas melawat anaknya di Singapura. Yang juga ketika itu disahkan menghidap zika. Bila balik Malaysia, wanita tersebut menunjukkan simptom terkena zika, bila dibuat ujian air kencing, wanita tersebut sah dijangkiti virus zika. Punca dapat zika sebab pergi ke negara yang ada rekod zika.

Berlainan pula dengan kes mangsa di Sabah. Mangsa tidak pernah ke luar negara. Siasatan awal mendapati mangsa tidak ke luar negara, seperti yang berlaku ke atas mangsa virus Zika di Klang sebelum ini. Persoalannya bagaimana dia mendapat zika. Mungkinkah vektor nyamuk aedes aegypti sudah masuk ke Malaysia? Yang menjadi penyebab lelaki ini dijangkiti zika. Kes zika di Sabah masih dalam siasatan.

Mangsa zika di Sabah meninggal dunia
Masih dalam mood terkejut bila mengetahui lelaki di Sabah dijangkiti zika. Tiba-tiba terbaca pula mangsa zika Sabah ni meninggal dunia. Tapi puncanya bukan disebabkan virus zika. Mangsa meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Salam takziah buat keluarga mangsa.

No comments:

Post a Comment