Ibu Hamil Sah Dijangkiti Zika Di Johor

Kes Ke-3 Jangkitan Zika Di Malaysia: Ibu Hamil Kena Jangkitan Zika Berlaku Di Johor. Makin parah wabak zika ni. Ini merupakan mangsa ketiga rakyat Malaysia dijangkiti zika. Lebih teruk lagi, kali ini wanita mengandung disahkan positif zika.

kes ke-3 jangkitan zika di malaysia: ibu hamil kena jangkitan zika berlaku di johor, wanita mengandung positif zika di johor bahru, gambar bayi kena jangkitan zika
Ibu hamil kena virus zika
Dugaan yang begitu berat buat si ibu tersebut. Sebagaimana yang kita tahu kesan zika ni amat bahaya pada kandungan ibu hamil. Janin yang terkena virus zika akan menyebabkan kecacatan otak bayi dalam kandungan.

Berita gempar ibu hamil dijangkiti zika
Wanita yang mengandung tiga atau empat bulan itu disahkan positif Zika pada 6 September 2016 dan kini sedang ditempatkan di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru untuk rawatan. Suami wanita itu bekerja di Singapura namun kita masih menunggu keputusan ujian untuk mengetahui sama ada suami wanita itu turut dijangkiti Zika. - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Sebelum ni, kes pertama zika kat Malaysia membabitkan wanita yang tinggal di Selangor. Punca dia dapat zika sebab pergi melawat ke negara yang mempunyai sejarah zika di sana. Di mana anak wanita tersebut disahkan kena jangkitan zika. Semasa melawat anaknya di Singapura, dia turut mendapat jangkitan zika.

Kes zika kedua berlaku kat Sabah. Namun tidak seperti kes pertama, mangsa zika tidak pernah travel ke negara luar. Menurut penyelidik dikatakan sejarah zika sudah ada di sana suatu ketika dahulu. Wah makin seram pulak aku baca.

kes ke-3 jangkitan zika di malaysia: ibu hamil kena jangkitan zika berlaku di johor, wanita mengandung positif zika di johor bahru, gambar bayi kena jangkitan zika
Gambar bayi kena jangkitan zika

Baru-baru ni, kes ketiga zika melibatkan ibu hamil. Wanita mengandung yang tengah hamil 3-4 bulan usia kehamilannya. Malangnya disahkan positif zika. Moga ibu hamil tersebut tabah. Aktiviti membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes sedang giat dilakukan di kawasan kejiranan rumah mangsa zika.

WASPADA virus zika:

No comments:

Post a Comment