7 Azam Tahun Baru 2018 Ku Yang Super Power!

Apa Azam Tahun Baru 2018

1 Januari 2018 selamat menyambut tahun baru 2018 buat semua. Best menyambut tahun baru, pasalnya ia cuti umum! Haha.. Masa untuk bersantai depan tv. Tak pun gi jenjalan cuci mata, hilangkan stress. Tahun baru 2018, ermmm apa perancangan korang sepanjang 12 bulan ni? Matlamat yang korang nak capai. Pssst ni azam tahun baru 2017 aku yang lepas, alhamdulillah ada yang berjaya capai, ada yang aku carry on untuk recycle balik azam tahun ni.

Anak-anak apa maksud azam baru? Definisi azam baru ialah berkaitan apa yang ingin, mahu kita capai dan disertai dengan berusaha keras. Sekian. Takut ada yang muak bila dengar pasal tahun baru, ada la terselitnya azam sekali.

Bagi aku, orang yang mempunyai azam ni umpama ada matlamat dalam hidupnya, tentang sasaran yang ingin dia capai. Jika ada azamnya yang belum dicapai, dia boleh perbaiki lagi di tahun hadapannya. Dan perkongsian ni pula, untuk menyuntik jiwa anak muda khasnya golongan remaja agar mempunyai matlamat dan keinginan untuk dicapai. Dengan adanya azam baru, seseorang bertekad untuk meraih kejayaan. Ngerti??? Fuh copy balik ayat tahun lepas, sebagai pemangkin semangat untuk kejar matlamat tahun ni.

SENARAI AZAM BARU 2018

azam baru 2018, contoh azam tahun baru, azam tahun baru untuk pelajar, maksud azam baru, tahun baru azam baru, kata kata azam baru, azam paling sukar, susah capai azam, azam nak kurus
Inilah 7 azam baru yang ingin aku capai tahun 2018:

1. Azam tahun 2018 aku adalah untuk raih income program affiliate Klikjer RM300 ke atas setiap bulan. Sebenarnya tahun lepas aku berjaya capai target. Dah berjaya kumpul melebihi RM100 income affiliate ni. Tak sangka melebihi dari amount tu. Nak tahu berapa? RM2 ratus lebih. So tahun ni aku up lagi kasi RM3 ratus sebulan. Harap-harap murah rezeki aku tahun 2018 ni.

2. Nak pecah telur income program affiliate Tim Infokerjaya. Yang ni aku belum merasa lagi incomenya. Sebab aku tak fokus sangat. So, tahun 2018 ni misi aku nak pecah telur tu. Haha.. Teringin la jugak berjaya macam orang lain. Yang penting usaha. Kannn..

3. Fokus kat blog emaklumat, update segala yang perlu. Sebab blog tu agak terabai. Kesian. Harap banyak la masa terluang aku nanti.

4. Nak jadi insan terhebat membahagi masa. Pasalnya tahun depan komitmen aku bertambah. Fuh! Makin busy. Harap dapat la berikan usaha terbaik, luangkan masa yang berkualiti kat budak comel 2 orang tu. Plan nak dedahkan diorang dengan buku-buku. Ala-ala home school gitu.

5. Matlamat tahun 2018 aku nak raih income Youtube USD$200 sebulan. Harap misi ni berjaya. Perlu gandakan usaha 2 kali. Moga dipermudahkan mencapai misi.

6. Azam 2018 nak simpan duit kat ASB RMxx,xxx.

7. Nak kurus badan. Ehem-ehem! Eh yang ni mencabar. Berbekalkan semangatku yang sehangat air mendidih, hope berjaya turunkan berat badanku ke paras yang ideal. Means makan dan minumku harus dijaga rapi. Senaman jangan lupa. Ubat kurus tak perlu. Nak kurus secara sihat, tanpa pil jamu segala. Doakan aku berjaya ye.

Inilah 7 senarai azam tahun baru 2018 ku yang super power. Nak tahu apa azam aku di tahun 2016? Baca: 10 SENARAI AZAM BARU 2016. Anda pula, apa azam tahun 2018 anda? Sudahkah anda mempersiapkan diri dengan perancangan matlamat anda tahun hadapan? Moga apa yang anda rancangkan berjalan dengan lancar. Tercapai misi dan matlamat. Selamat menyambut tahun 2018.

1 comment:

  1. bagusss nyeee punya azammm best of luckkkkk

    ReplyDelete