9 Ucapan Selamat Tahun Baru Untuk Sahabat

9 Ucapan Selamat Tahun Baru Untuk Sahabat

Kata-kata ucapan tahun baru untuk kawan baik. Apakah ungkapan kata yang perlu kita ucapkan buat rakan bila tibanya tahun baru? Jom lihat koleksi kata mutiara tahun baru untuk sahabat.

Jom singgah!

Senarai Kiriman Ucapan Tahun Baru Untuk Sahabat, Rakan Dan Kawan

Mengucapkan selamat tahun baru dengan harapan anda akan dirahmati dan diberkati di tahun baru yang akan datang.

Lupakan kenangan silam, bersedia menghadapi lembaran baru: semoga anda bahagia sepanjang tahun. Selamat menyambut tahun baru!

Memikirkan tentang persahabatan kita, membuatkan diriku menjadi gembira, dengan ini aku ingin ucapkan moga di tahun baru ini membawa banyak sinar kebahagiaan untuk anda.

Terima kasih kerana sudi menjadi kawan baik saya. Saya berharap kehidupan awak dilimpahkan dengan kegembiraan, ketenangan, kebahagiaan. Selamat tahun baru sahabatku!

Alangkah bertuahnya saya memiliki sahabat seperti anda. Yang mana banyak membawa keceriaan dan membahagiakan hidup saya. Tak dapat saya bayangkan tanpa anda di sisi saya, kawan baik yang sentiasa menyokong saya. Selamat menyambut tahun baru ya.

Saya ingin ekspresikan kebahagiaan yang saya nikmati, segala diberikan oleh anda selama ini, sebagai balasannya saya mendoakan anda sentiasa ceria, berjaya dan gembira dalam kehidupan anda. Selamat tahun baru kawanku.

Tahun baru
Menerima kiriman ucapan tahun baru dari rakan tersayang
Sambutan yang dipenuhi dengan gelak tawa riang
Moga tahun baru ini hidup anda dirahmati
Mengorak langkah ke hadapan
Penuh matlamat berserta usaha keras
Moga tercapai impian
Berjaya mengecapi apa diidamkan
Selamat tahun baru.

Gambar Tahun Baru

kata kata mutiara tahun baru 2018 2019, kata kata menyambut tahun 2018, ucapan tahun baru 2018
Happy new year ye sahabatku
Mengira detik demi detik
Permulaan memasuki tahun baru
12.01 pagi di 1 Januari
Selamat menyambut tahun baru kawanku
Moga tahun baru sentiasa memberikan kejutan manis buat anda
Selamat bergembira, sahabatku!

Tahun baru umpama sebuah buku kosong
Manakala pen pula berada dalam tangan anda
Ianya satu peluang!
Untuk menulis kisah terindah tentang hidup anda
Selamat mengorak langkah di tahun baru kawanku.

Nah pilih je mana-mana 9 ucapan selamat tahun baru untuk sahabat anda. Boleh hantar ucapan tahun baru menerusi SMS, WhatsApp, menerusi Facebook, Twitter, Insta mahupun menerusi blog. Ikut mana keselesaan anda. Eh nak buat kad tahun baru untuk sahabat pun boleh. Hias sikit-sikit. Hmmm kreatifnya!

No comments:

Post a Comment