Ucapan Selamat Tahun Baru Romantis

Ucapan Selamat Tahun Baru Romantis Untuk Kekasih Dan Suami

Runsing nak fikir ayat apa nak karang untuk bagi ucapan selamat tahun baru romantis? Eh rujuk sini je la. Tersedia dah ucapan tahun baru untuk kekasih, bahkan ada kata ucapan selamat tahun baru untuk suami. Ehem-ehem romentik sangat tau!

Jom singgah!

Kata Ucapan Selamat Tahun Baru Romantik

Satu lagi tahun yang penuh dengan kenangan manis dan saat menggembirakan telah pun berlalu. Awak telah membuatkan hidup saya merasa begitu indah dan saya berharap agar awak terus melakukannya di masa yang akan datang. Dengan adanya awak berada di sisi, setiap saat sangat bermakna untuk saya. Saya cintakan awak! Selamanya! Selamat tahun baru sayangku.

Di tahun baru ini, apa yang saya inginkan telah menjadi kenyataan. Awaklah cinta hati saya. Kehadiran awak amat bermakna. Cinta awak menceriakan hari-hari saya. Terima kasih sayangku. Moga tahun baru ini mencipta momen terindah di antara kita. Moga kasih sayang kita semakin bercambah dan melimpah ruah.

Seperti mana kita menunggu tahun ini sampai ke penghujung, menunggu masa berdetik untuk tiba ke tahun baru, saya ingin awak tahu, bahawasanya awak adalah insan terpenting dalam hidup saya. Selamat tahun baru buah hatiku!

ucapan selamat tahun baru romantis, ucapan tahun baru untuk kekasih, kata ucapan selamat tahun baru untuk suami

Ucapan Selamat Tahun Baru Romantis Untuk Kekasih

Seperti mana kita melangkah ke tahun baru bersama-sama, marilah kita saling menghargai  antara satu sama lain, berkongsi pendapat dan menyelesaikan masalah bersama-sama. Saling mencintai dan menyayangi tanpa noktahnya. Selamat tahun baru kesayanganku.

Di saat aku kecundang, engkau sentiasa ada di sisi, setia menemaniku. Daku berharapan jodoh kita masih dipanjangkan hingga ke tahun hadapan, agar dapat kita mencorakkan masa depan bersama. Selamat menyambut tahun baru kekasih hatiku.

Ucapan Selamat Tahun Baru Romantis Untuk Suami

Satu-satunya perkara yang saya mahu lakukan, apabila tibanya jam 12.01 tengah malam, adalah untuk mencium awak lebih ganas daripada yang pernah saya lakukan sebelum ini. Moga dengan kedatangan tahun baru ini, hubungan kita dihujani rasa kasih dan cinta yang tak terhingga. Selamat tahun baru suami tercinta!

Dapat meluangkan masa bersama, adalah perkara terhebat yang saya idamkan. Harapanku untuk tahun mendatang, adalah perkara yang sama akan berlaku. Aku sentiasa menginginimu sentiasa di sisi. Cinta tulusku hanya untukmu, khas buat suami kesayangan, selamat tahun baru.

Anda ada kekasih? Kirimkan ucapan salam selamat menyambut tahun baru untuk mereka. Tak ada idea? Haaa ucapan selamat tahun baru romantis sudah tersedia di atas. Boleh pilih mana satu, kemudian hantarkan ucapan tahun baru anda menerusi laman sosial seperti di WhatsApp, Facebook, Twitter, Insta, Telegram. Takpun boleh hantar ucapan tahun baru menggunakan SMS.

No comments:

Post a Comment