Apa Azam Tahun Baru 2018
1
Januari 2018 selamat menyambut tahun baru 2018 buat semua. Best menyambut tahun
baru, pasalnya ia cuti umum! Haha.. Masa untuk bersantai depan tv. Tak pun gi
jenjalan cuci mata, hilangkan stress. Tahun baru 2018, ermmm apa perancangan korang
sepanjang 12 bulan ni? Matlamat yang korang nak capai. Pssst ni azam
tahun baru 2017 aku yang lepas, alhamdulillah ada yang berjaya capai,
ada yang aku carry on untuk recycle balik azam tahun ni.
Anak-anak
apa maksud azam baru? Definisi azam baru ialah berkaitan apa yang ingin, mahu
kita capai dan disertai dengan berusaha keras. Sekian. Takut ada yang muak bila
dengar pasal tahun baru, ada la terselitnya azam sekali.
Bagi
aku, orang yang mempunyai azam ni umpama ada matlamat dalam hidupnya, tentang
sasaran yang ingin dia capai. Jika ada azamnya yang belum dicapai, dia
boleh perbaiki lagi di tahun hadapannya. Dan perkongsian ni pula, untuk
menyuntik jiwa anak muda khasnya golongan remaja agar mempunyai matlamat dan
keinginan untuk dicapai. Dengan adanya azam baru, seseorang bertekad untuk
meraih kejayaan. Ngerti??? Fuh copy balik ayat tahun lepas, sebagai pemangkin
semangat untuk kejar matlamat tahun ni.
SENARAI AZAM BARU 2018
Inilah 7 azam baru yang ingin aku capai tahun 2018: |
1. Azam tahun 2018 aku adalah untuk raih income program affiliate Klikjer RM300 ke
atas setiap bulan. Sebenarnya tahun lepas aku berjaya capai target. Dah berjaya
kumpul melebihi RM100 income affiliate ni. Tak sangka melebihi dari amount tu.
Nak tahu berapa? RM2 ratus lebih. So tahun ni aku up lagi kasi RM3 ratus
sebulan. Harap-harap murah rezeki aku tahun 2018 ni.
2. Nak
pecah telur income program affiliate Tim Infokerjaya. Yang ni aku belum merasa
lagi incomenya. Sebab aku tak fokus sangat. So, tahun 2018 ni misi aku nak
pecah telur tu. Haha.. Teringin la jugak berjaya macam orang lain. Yang penting
usaha. Kannn..
3. Fokus
kat blog emaklumat, update segala yang perlu. Sebab blog tu agak terabai. Kesian.
Harap banyak la masa terluang aku nanti.
4. Nak
jadi insan terhebat membahagi masa. Pasalnya tahun depan komitmen aku
bertambah. Fuh! Makin busy. Harap dapat la berikan usaha terbaik, luangkan masa
yang berkualiti kat budak comel 2 orang tu. Plan nak dedahkan diorang dengan
buku-buku. Ala-ala home school gitu.
5. Matlamat
tahun 2018 aku nak raih income Youtube USD$200 sebulan. Harap misi ni berjaya. Perlu
gandakan usaha 2 kali. Moga dipermudahkan mencapai misi.
6. Azam
2018 nak simpan duit kat ASB RMxx,xxx.
7. Nak
kurus badan. Ehem-ehem! Eh yang ni mencabar. Berbekalkan semangatku yang
sehangat air mendidih, hope berjaya turunkan berat badanku ke paras yang ideal.
Means makan dan minumku harus dijaga rapi. Senaman jangan lupa. Ubat kurus tak
perlu. Nak kurus secara sihat, tanpa pil jamu segala. Doakan aku berjaya ye.
Inilah 7
senarai azam tahun baru 2018 ku yang super power. Nak tahu apa azam aku
di tahun 2016? Baca: 10
SENARAI AZAM BARU 2016. Anda pula, apa azam tahun 2018 anda? Sudahkah anda
mempersiapkan diri dengan perancangan matlamat anda tahun hadapan? Moga apa
yang anda rancangkan berjalan dengan lancar. Tercapai misi dan matlamat.
Selamat menyambut tahun 2018.
bagusss nyeee punya azammm best of luckkkkk
ReplyDelete