Kata-Kata Mutiara Tahun Baru

Koleksi Ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru

Kata-Kata Mutiara Tahun Baru 2018 2019. Ucapan Happy New Year 2018. Istimewa buat anda yang bakal menyambut tahun baru 2018 dalam beberapa hari lagi. Nah! Ucapan salam tahun baru 2018 untuk semua rakan pembaca blog sekalian.


Artikel hot pilihan pembaca:

Senarai Kata-Kata Mutiara Tahun Baru

Moga dengan kedatangan tahun baru
Hidup anda akan diberkati
Penuh kedamaian, cinta dan kegembiraan
Bersama doaku yang tulus ikhlas
Hiduplah dengan penuh ceria
Dengan ucapan
Selamat menyambut tahun baru

Menjelangnya tahun baru
Semoga ia menyebarkan kebahagiaan
Membawa harapan dan berita baik
Untuk sekarang juga hari-hari esok
Tahun baru
Bermulanya pengembaraan
Coraklah perjalanan hidup seindah pelangi

Tahun baru membawa harapan dan aspirasi
Membuka lembaran baru
Sebuah kehidupan baru
Bangkitlah!
Dengan penuh semangat
Berjuang berhabisan demi sebuah kejayaan
Moga dipermudahkan

Semoga setiap kali bermulanya tahun baru
Ia membawa kebahagiaan dan kegembiraan
Memberi kejutan manis
Kepada anda dan semua orang yang anda sayangi
Selamat menyambut tahun baru!

Tahun baru
Masa untuk mengucapkan selamat tinggal
Pada kenangan lama
Melupakan dan memaafkan
Terus mengorak langkah ke hadapan
Menikmati kemanisan terhidang
Raikan tahun baru penuh keceriaan

Mendoakan agar anda diberi kesihatan yang sejahtera
Sepanjang-panjang tahun ini
Bahkan kekayaan, kesenangan, kemewahan
Menerima kasih yang tak terhingga dari orang tersayang
Moga tahun baru ini
Mencoret sejarah paling manis dalam hidup anda
Selamat tahun baru!

Semoga dunia anda
Diisi dengan kehangatan
Kegembiraan dan keseronokan
Cinta dan kasih terus bercambah
Moga berbahagia di tahun baru!

Tahun baru
Kenangan baru bakal tercipta
Memperbaharui semua kebahagiaan
Sambil membawa perkhabaran baik
Moga anda sentiasa bergembira
Selamanya!
Selamat tahun baru!

Gambar Selamat Menyambut Selamat Tahun Baru 

kata kata mutiara tahun baru 2018 2019, kata kata menyambut tahun 2018, ucapan tahun baru 2018
Ucapan sempena sambutan tahun baru 2018

Boleh pilih mana satu kata-kata mutiara tahun baru untuk ditujukan buat kawan anda, buat rakan sekolah, teman sekelas, juga untuk sesiapa sahaja. Happy new year 2018 buat semua.

No comments:

Post a Comment