Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela TV3

Sinopsis Drama Kekasih Paksa Rela TV3

 Kekasih Paksa Rela mengisahkan Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka.

Sinopsis drama Kekasih Paksa Rela TV3 lakonan Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, pelakon dan gambar drama Kekasih Paksa Rela TV3
Drama TV3 Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce
Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya.

Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba.

Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami? Saksikan segalanya dalam drama Kekasih Paksa Rela di kaca tv anda.

Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela TV3

Remy Ishak sebagai Adham
Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
Ain Edruce sebagai Rosnaida
Dayang Areeda sebagai Shiqin
Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
Nynaa Harizal sebagai Nonie
Khaty Azian sebagai Puan Zuraidah
Hazman Al-idrus sebagai Izamel
Fizz Fairuz sebagai Yusman
Emelda Rosemila sebagai Suraya
Azhar Amir sebagai Dato Idrus
Aman Gaseka sebagai Kamal
Fatin Afeefa sebagai Zila

OST Lagu Tema Drama Kekasih Paksa Rela

Original sound track Kekasih Paksa Rela
Lagu: Pasti
Penyanyi: Cherpen Band

Gambar Drama Kekasih Paksa Rela TV3 

Sinopsis drama Kekasih Paksa Rela TV3 lakonan Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, pelakon dan gambar drama Kekasih Paksa Rela TV3
Tonton lakonan Remy Ishak, Intan Najuwa dan Ain Edruce menerusi drama Kekasih Paksa Rela di kaca tv anda

Saksikan drama Kekasih Paksa Rela
Tarikh Kekasih Paksa Rela disiarkan: 26 Disember 2017
Jumlah episod drama Kekasih Paksa Rela: 28
Kekasih Paksa Rela episod akhir – episod 28
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7 malam
Saluran: TV3

1 comment:

  1. Jalan cerita yang menarik... tak sabar tunggu episod seterusnya

    ReplyDelete