Kata Mutiara Hari Gawai Dayak Di Sarawak
Hari Gawai 2017. Nak karang
ucapan sempena perayaan Hari Gawai Dayak? Boleh je rujuk sini. Nak tahu bila tarikh
Hari Gawai? Hari Gawai disambut pada 1 Jun setiap tahun. Memang meriah la
sambutan Gawai di Sarawak. Lebih-lebih lagi kat rumah panjang. Pasti ada acara
besar-besaran.
Surprise buat kawanku berbangsa Iban & Bidayuh: UCAPAN HARI
GAWAI DAYAK TERBAIK & MENYENTUH HATI***
Hari Gawai Dayak ni perayaan
disambut oleh etnik Dayak. Kat Sarawak ni ada 25 suku kaum etnik Dayak. Termasuk
kaum iban merayakan Hari Gawai. Pesta Gawai Dayak seringkali menganjurkan
aktiviti fesyen baju gawai, pertandingan ratu cantik di samping memperkenalkan makanan
tradisional kaum iban. Gawai ni ada banyak jenis salah satunya Gawai Antu.
Hari Gawai Dayak Perayaan Kaum Iban
Pesta Gawai disambut
sempena habisnya musim menuai padi. Hasil beras yang diperolehi mereka membuat
jamuan yakni sambutan Hari Gawai yang disambut setiap tahun. Kemeriahan sambutan
perayaan Gawai ni kita boleh lihat di rumah panjang yang didiami oleh kaum
iban. Meriah. Banyak aktiviti diadakan.
Kata Mutiara Ucapan Pusi Hari Gawai Dayak
Jom layan ucapan jiwang
selamat Hari Gawai dari saya:
Kawan Semenanjungku
bertanya,
Apa itu Hari Gawai,
Perayaan sempena pesta
menuai,
Ada yang menggelarnya
Gawai Padi,
Meraikan tamatnya musim
menuai,
Bermulanya musim baru penanaman
padi,
Pesta Dayak disambut
secara tradisi,
Penuh meriah semua orang
happy.
Dahinya berkerut,
Ingin tahu lebih lanjut,
Perayaan ni siapa yang
sambut,
Iban Bidayuh Kayan Kenyah
Murut,
Eh banyak lagi kaum yang
sambut.
Jangan terkejut,
Di Sarawak ada 25 kaum
etnik Dayak,
Mereka inilah yang
sambut,
Berbilang kaum berlainan
bahasa,
Tetapi hubungan sangat
rapat,
Memegang utuh prinsip
sejagat,
Hidup harmoni perpaduan
erat,
Pasti aman jika saling
hormat,
Inilah resepi bahagia
kami orang Sarawak.
Gembiranya orang Sarawak
bila tiba 1 Jun,
Cuti umum setiap tahun,
Sekolah cuti office pun
cuti,
Saling ziarah menziarahi,
Begitu ramah memperkenalkan
diri,
Hingga dirinya dikenali,
Meriahnya perayaan Hari Gawai,
Mengeratkan persaudaraan
menyatukan hati.
Jangan terkejut Hari
Gawai bukan satu,
Banyakkan membaca pasti
tahu,
Salah satunya Gawai Antu,
Perayaan memanggil roh
hantu,
Seperti Gawai Nimang Bulu,
Bertujuan minta
dipanjangkan umur.
Pasti happening di rumah
panjang,
Sibuk menghias membuat
persiapan,
Bakal dimulakan acara
besar-besaran,
Sempena sambutan Hari
Gawai,
Bermulanya detik 31 Mei
tengah malam,
Hari yang dinanti telah
menjelang,
Semua gembira sambil
bersorakan.
Sempena menjelangnya
perayaan Hari Gawai Dayak,
Saya ingin mengucapkan
‘gayu guru gerai nyamai’
Buat rakan sekolah saya
dahulu di SMK Taee,
SMK Serian, SMK Tarat,
SMK Siburan, SMK Tebakang,
Juga buat rakan sekampus
saya orang Miri,
Geng Bidayuh saya orang
Serian dan Kuching,
Member Iban saya nun
orang Mukah Sibu,
Happy Gawai Day untuk
korang semua,
Selamat bercuti k.
Korang ada geng berbangsa
Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Murut jom hantarkan ucapan anda. Boleh je rujuk kata
mutiara Hari Gawai Dayak di Sarawak di atas. Selamat Ngintu Hari Gawai.
No comments:
Post a Comment