Ucapan Selamat Hari Bapa & Kata Mutiara Hari Ayah

Ucapan Selamat Hari Bapa & Kata Mutiara Hari Ayah

Bilakah tarikh sambutan Hari Bapa? Sambutan Hari Ayah tidak segrand seperti Hari Ibu. Kalau sebut bulan Mei, orang akan ingat bulan tu jatuhnya Hari Ibu Sedunia. Berlainan dengan Hari Bapa, kadang-kadang tak sedar sambutan Hari Ayah sudah berlalu. I lettew! Nak tahu tarikh sambutan Hari Bapa? Hari Bapa disambut pada hari Ahad kedua bulan Jun.


Sesiapa yang nak bagi ucapan sempena Hari Bapa untuk bapak korang boleh la refer kat sini. Kata ucapan selamat menyambut Hari Bapa dan perkongsian mutiara kata untuk Hari Ayah. Happy Father's Day untuk lelaki bergelar ayah, abah, bapa, bapak, walid, daddy, papa, abi. Kalau aku, panggilan ayah aku gunakan gelaran bapak. “Selamat Hari Bapa untuk bapak saya nun jauh di kampung, moga diberi kesihatan yang baik, umur panjang yang bermanfaat’.

Senarai Ucapan Hari Bapa Terbaik Yang Menyentuh Hati

Jom karang ucapan Hari Bapa, tuliskan pada sekeping kad dan hantarkan kepada ayah masing-masing. Lagi bagus kalau disertakan sekali hadiah buat ayah sempena Hari Bapa. Mesin urut ker, supplement macam jus pamoga ker, mesin pembancuh kopi, kain pelikat dan banyak lagi la, ikut kemampuan diri sendiri. Jom lihat senarai ucapan selamat menyambut Hari Bapa:

Buat bapa tersayang,
Terima kasih kerana menjadi seorang bapa. Membentuk kami menjadi seorang berhati cekal. Setiap tutur katamu dan nasihatmu kami ikuti. Ketegasan dirimu dalam mendidik menjadikan kami pada hari ini. Terima kasih bapa. Semoga bapa sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Terima kasih Allah kerana telah mengirimkan seorang pahlawan yang tidak ada galang gantinya sampai bila pun iaitu AYAH. Selamat Hari Bapa.

Oh ayahku,
Kau tetap gagah melawan ombak,
Gigih dalam memperjuangkan hidup.
Demi untuk kebahagiaan keluargamu,
Terkadang kau tersungkur,
Namun..
Kau tetap terus berusaha,
Berdiri kembali,
Demi untuk anak-anak permata hatimu.

Ayah…siapa ayah?
Orang yang tidak pernah peduli. Panas atau hujan, dia tetap akan mencari rezeki. Demi sesuap nasi untuk anak-anaknya di rumah.

Di sekolah kami ada guru besar sebagai ketua sekolah. Di rumah kami ada ayah sebagai ketua keluarga. Pakaian, makan minum, barangan sekolah disediakan oleh ayah. Tidak boleh itu, tidak boleh ini, itulah peraturan yang ditetapkan ayah. Didikan ayah menjadikan kami orang berdisiplin dan bertanggungjawab. Terima kasih ayah, kerana ayah kami menjadi orang berjaya pada hari ini. Selamat Hari Ayah dari anakmu tercinta.

Dulu…
Ayah sering menemaniku bermain,
Sering membuatku ketawa,
Sentiasa ada disisiku ketika aku kesunyian,
Tapi…
Setelah ayah pergi selamanya,
Kini aku bermain sendiri,
Gelak tawaku seakan kosong,
Dalam diam..
Aku mengharapkan kehadiran ayah di sisi,
Menemani hari-hariku yang begitu sepi,
Sungguh…aku amat merinduimu ayah,
Selamat Hari Bapa buat ayah,
Kukirimkan sekalung doa buat ayah di sana.

Gambar Kata-Kata Mutiara Untuk Hari Ayah

ucapan Hari Bapa

Setiap penat lelahmu,
Setiap titik peluhmu,
Jasa dan pengorbananmu tak terhitung,
Tak pernah berkira walau sekalipun,
Dialah insan paling ikhlas,
Terima kasih ayah.


untuk ayah selamat Hari Ayah

Bangun pagi, abah tiada di sisi.
Ke mana abah pergi?
Motosikal abah juga tiada di parkir.
Hanya gelas bersisakan air kopi berada di sinki.
Dari pagi, tengah hari, kelibat abah dicari-cari,
Menjelang senja baru abah menonjolkan diri,
Rupanya abah pergi mencari rezeki,
Demi sesuap nasi,
Untuk keluarganya yang dicintai,
Pengorbananmu abah begitu bererti,
Tidak akan kami sia-siakan sesuka hati,
Akan sentiasa kami hargai,
Terima kasih abah, abahlah hero kami.
Selamat Hari Abah.. I LOVE YOU abah and I know you love me too.

Ucapan Selamat Hari Bapa Dalam Bahasa Inggeris

Nak bagi ucapan Happy Father's Day dalam bahasa Inggeris pun boleh. Lihat:
I am indeed blessed to have
Someone like you as my father
On this special day
I'd like to thank you for everything
You are my hero dad. I Love You.
Happy Fathers Day

Your guiding hand on my shoulder,
Will remain with me forever.
Thanks for always being there Papa.
Happy Father's Day!

You've seen me laugh
You've seen me cry
And always you were there with me
I may not have always said it
But thanks, I love you
Happy Father's Day

For the best dad who always had a smile for me.
Though we may be far apart right now,
But here's a big hug and kiss for my special Dad.

Sampaikan ucapan selamat Hari Bapa untuk ayah dan bapak kita. Kalau tak ada idea, rujuk je kata mutiara sempena Hari Ayah kat atas. Untung yang masih ada bapa, masih boleh berbakti pada orang tua. Bagi bapa mereka yang telah meninggal dunia, hadiahkan doa dan sedekah buat mereka. Selamat menyambut Hari Bapa 2017.

No comments:

Post a Comment