Penghargaan
khas untuk abam lori Airpak Express Malaysia. Alhamdulillah. Ahhhh leganya…
Akhirnya barang pos Airpak Express sampai ke tangan aku dengan jayanya. Selepas
mengharungi kebimbangan dan kegelisahan menggunakan kurier Airpak. Nak tahu
kisah sinetron aku guna Airpak baca kat sini: KECEWA GUNA
KURIER AIRPAK
Aku terima
SMS suruh ambil barang pos pada 8/11/2016, katanya pagi esok tu lori Airpak
datang dan kena ambil barang dari lori tu. Tarikh 9/11/2016..inilah masanya.
Bangun dari tidur aku terkejut terima SMS dari abang lori Airpak katanya dah
sampai kat Bandar ______. Tempat aku la. Aku tengok jam, masa SMS dihantar
adalah 6.21 pagi. Wah!!!! Ini memang express!!!!!!! Cepat betul abam lori
sampai. Sampai 6.21 pagi. Pukul berapa la abang lori ni berangkat dari ____.
Sebab perjalanan abang lori Airpak dari ___ ke tempat aku ____ jauhnya 2 jam.
Tapi….
Tapi aku
masih atas katil lagi. Sebab yang ambil barang pos aku tu, orang lain. Macam
yang aku story sebelum, kerisauan aku tentang siapa yang bakal ambil barang pos
tu nanti. Actually aku tak nak la menyusahkan orang. Memandangkan aku tak ada
keluar masa tu, terpaksa juga minta pertolongan dari orang lain.
Lori Airpak Express Malaysia |
Jam 7.45
pagi, abang lori Airpak call katanya jumpa di stesen bas untuk collect barang.
Dah, aku dah gabra! Takut kawan aku tu tengah busy nak ke tempat kerja. Aku SMS
kat abang lori Airpak suruh tunggu, konon-kononnya kawan aku tu tengah on the
way pergi jumpa diorang. Padahal…kawan aku tu tengah mandi!
Jam 9.00
pagi abang lori Airpak call lagi, dah sejam lebih diorang tunggu. Aiyak..serba
salah aku. Pastu aku mesej suruh tunggu, ada orang akan ambil barang nanti. Memang
aku tabik spring kat abang lori Airpak, even dah lama tunggu kawan aku tu ambik
barang, tak ada pulak aku dengar dia marah, membebel, mencarut masa diorang
call aku. Nasib..
Khas buat
abang lori Airpak, nombor flat lori QSSxxx5 moga kalian sentiasa sihat, terima
kasih bersabar menunggu kawan saya ambil barang. Terima kasih sebab tak marah
saya. Hihi.. Harap bos besar anda, luaskan lebih banyak agent Airpak di kesemua
bandar. Ramai seller online yang guna perkhidmatan kurier anda. Service Airpak
terbaik! Tip top! Cepat super express! Tapi lagi meletop kalau ada agent Airpak
kat semua tempat.
No comments:
Post a Comment