Kelebihan Proton Ertiga Jimat Minyak Kereta

Kebaikan Dan Kelebihan MPV Proton Ertiga Jimat Minyak Kereta

Wah! Kereta buatan Malaysia, kereta baru 2016 keluar! Memperkenalkan proton terbaru jenis MPV yang dikenali sebagai Proton Ertiga. Boleh tahan reka bentuk Proton Ertiga, cantik!

Kelebihan Proton Ertiga adalah jimat minyak kereta. Ini yang dicari-cari oleh pengguna kenderaan. Bila jimat minyak, duit pun jimat beli petrol. Save duit! Boleh travel jauh-jauh. memberi banyak penjimatan.

Gambar Proton Ertiga

kelebihan dan gambar proton ertiga, spesifikasi proton ertiga, harga proton ertiga 1.4l eksekutif mt, harga kereta ertiga eksekutif cvt
Proton Ertiga mpv terbaru 2016 made in Malaysia

Di samping minyak dapat jimat guna Proton Ertiga ni, ianya sesuai untuk kereta berkeluarga. Ye la nak bawa orang ramai-ramai. Dengan adanya banyak tempat duduk. Pendek kata, Proton Ertiga ni menepati cita rasa dinamik dan gaya hidup keluarga moden masa kini.

Spesifikasi Proton Ertiga

Proton Ertiga merupakan kenderaan pelbagai guna MPV. Ada 6 tempat duduk. Enjin Proton Ertiga dikuasakan oleh enjin 1.4 Liter VVT. Transmisi manual lima kelajuan 1.4L Eksekutif (MT); transmisi automatik empat kelajuan 1.4L Eksekutif (CVT) dan 1.4L Eksekutif Plus (CVT). Enjin Proton Ertiga iaitu 1.4 VVT diperbuat daripada aluminium ringan untuk semua varian.

Dengan adanya teknologi drive-by-wire memantapkan lagi prestasi Proton Ertiga menjadi lebih responsif. Yang menariknya, tempat duduk Proton Ertiga jenis fabrik kalis air. Juga mempunyai saiz tangki sebesar 45 liter untuk perjalanan lebih jauh. Sumber: ciri-ciri proton ertiga

Senarai Harga Kereta Proton Ertiga

1. Harga Proton Ertiga 1.4L Eksekutif MT - RM58,800
2. Harga Proton Ertiga 1.4L Eksekutif CVT - RM61,800
3. Harga Proton Ertiga Eksekutif Plus CVT - RM64,800

MPV ni sesuai buat mereka yang ada keluarga ramai. Kelebihan Proton Ertiga jimat minyak kereta menjadi bonus kepada pemiliknya. Jauh perjalanan jimat belanja. Nak bawa barang banyak-banyak pun boleh masuk semuanya. Especially balik beraya, banyak barang nak bawa. Proton Ertiga pasti mendapat sambutan hangat!

No comments:

Post a Comment