Kecewa Guna Kurier Airpak

Masalah Pos Barang Guna Airpak Express Malaysia. Korang pos barang guna kurier apa? Poslaju? Guna kurier Airpak? Sebelum ni, seringkali aku terdengar rungutan member pasal service Poslaju yang tak memuaskan. So far, Poslaju kat tempat aku ni ok. Cuma…ini pertama kalinya aku guna service kurier Airpak Express. Tu pun aku sebagai penerima parcel Airpak.

Saat ini..betapa gundah gulananya hati aku. Sedih.. Sana sini aku contact orang minta pertolongan untuk ambil barang yang dihantar oleh pihak kurier Airpak. Sebab kat Bandar aku ni tak ada cawangan Airpak. Tak ada agent Airpak. Nanti kalau lori Airpak datang, diorang akan call aku dan aku kena jumpa mereka ambil direct kat situ. Masalahnya…

airpak express Malaysia, airpak worldwide express, kecewa guna kurier airpak, cas pos airpak express murah, postage airpak jimat, caj pos barang airpak murah, masalah guna pengeposan airpak
Sampul pos Airpak Express Malaysia 

Masalahnya aku tak ada kat Bandar time tu, penempatan aku agak jauh dari kawasan Bandar. Nak minta tolong orang ambil pun susah jugak, sebab nanti kena tunggu lori Airpak tu datang. Takut menyusahkan kawan aku, tertunggu-tunggu.

Argh…susah.. Susah kalau tempat korang tu tak ada office / ejen Airpak. Susah nak ambil barang pos Airpak. Alangkah bagusnya kalau Airpak ada banyak cawangan, ada banyak ejen Airpak kat mana-mana tempat. Lagipun Bandar aku ni tak ada la kecik mana, dah kategori bahagian. Tapi tak ada branch Airpak. Susah woo nak collect barang pos kita. Lagi la orang macam aku ni tinggal kat luar Bandar. Jauh…

Selepas puas berusaha contact orang itu ini, penghujungnya tak jumpa solusi. Tak jumpa siapa yang bakal ambil barang dari kurier Airpak. Kecewa woo. Frust! Rasa macam…argh tertekan pulak aku guna kurier Airpak. Macam mana kalau lori Airpak tu datang esok, tapi tak ada yang ambil barang tu. Then, barang tu nanti dikembalikan semula kepada penghantar / pengirim (sender). Aduyai..masalah besar..

Ye, memang benar orang kata pos guna kurier Airpak casnya lebih murah. Caj pos Airpak  jimat. Ermmm aku rasa tak ada la murah sangat. Sebab aku bayar postage Airpak pos ke Sarawak RM10. Lebih kurang je kalau guna Poslaju. Penyesalan yang menebal dalam diri aku. Kalau aku tahu masalah sebegini timbul, baik aku request kat seller tu minta pos guna Poslaju. Tak apa kalau bayar lebih sikit dari kebiasaan. Untuk kesenangan di kemudian hari.

Kecewa sangat. Duhai pihak atasan Airpak, perbanyakkanlah cawangan anda. Wujudkan lebih ramai ejen Airpak anda kat mana-mana Bandar. Mudah untuk kami ni sebagai pengguna. Kat tempat saya ni hanya ada Poslaju, GDex, Skynett, ABX. Cuma Airpak je belum lagi. Kat mana tu? Tu tak penting, yang penting anda luaskan ejen Airpak anda.

Masalah belum lagi settle ni. Kena fikir macam mana nak ambil barang Airpak nanti. Pengajaran untuk diriku sendiri. Untuk korang pulak, kalau korang nak beli barang online, jika penjual nak pos barang guna Airpak Express, korang kena pastikan kat tempat korang tu ada ejen Airpak. Supaya korang tak jadi macam aku. Sedih.. Sobs..sobs..

2 comments:

  1. Tu la... Courier yg tak ramai org guna ni mmg murah tapi kawasan yg agak terpencil dan jauhdiorgtak nak hntr

    ReplyDelete
  2. saya biasa gune airpak.
    service lajuu tapi mmg ada masalah penerimaan skit :)

    ReplyDelete