Ads GA Leaderhead

Bawa Anak Tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Bawa Anak Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Ramai yang bagi feedback positif selepas menonton filem kartun terkenal Malaysia iaitu Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! Terutamanya dah hujung tahun macam ni, bermulanya cuti sekolah, bagi yang ada anak, anak buah, cucu jom la bawa mereka menonton filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! ni kat pawagam.

Teruja nak tonton filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! 

Aku pulak, baby Amirah baru berusia 1 tahun 4 bulan. Kemain excited bila dipasang cerita Upin Ipin kat tv. Kawan menari dia Didi & Friends. Asal buka lagu Didi je automatik tangan badan dan kaki dia bergoyang. Siap ikut Didi bye, hora horrey! Seronoknya ada budak kecik kat umah. Kalau nangis, cara pujuk mudah adalah buka lagu Didi je confirm diam.

Beli CD Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Memandangkan kat Bandar aku ni tak ada pawagam, so hajat nak tengok filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! ditangguhkan. Tunggu CD Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! keluar baru beli. Baru boleh tengok bersama-sama Amirah kat rumah.

Pelakon Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Puteri Balkis, Awie, Sara Ali, Remy Ishak dan Gambit Saifullah antara yang membintangi filem ni. Manakala Asyiela Putri sebagai pelakon suara Upin Ipin. Eh ada Balkis berlakon mesti best. Suka tengok budak kecik tu berlakon. Menjadi je watak dia bawa.

Eh korang dah tengok ke filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng ni? Apa komen korang? 

No comments:

Post a Comment